Abby Abadi membantu pasangan ini untuk mendapatkan anak angkat. Rupa-rupanya ini yang terjadi pada pasangan ini sebelum menerima anak angkat itu.

Pelakon Abby Abadi sememangnya cukup terkenal dengan misi kemanusiaannya dalam membantu menyelamatkan bayi dan menyerahkan kepada insan yang mahu mengambilnya sebagai anak angkat. Terbaharu, Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 43, berkongsi berita gembira apabila dapat menyelamatkan seorang lagi bayi yang ingin di buang di Kota Bharu, Kelantan. Bayi tersebut kemudian diserahkan kepada bakal keluarga angkatnya di Kuala Terengganu, Terengganu.

“Alhamdullillah Syukur. Suami saya berjaya bawa kereta dari Kota Bharu 11.30 malam, sampai ke Kuala Terengganu pukul 1.30 pagi. Kuat betul kesayangan saya ni, saya mengantuk dah, tapi tidur-tidur ayam sahaja sebab pegang baby kan. Berjaya memberi kebahagiaan kepada sepasang lagi pasangan yang belum dikurniakan anak walaupun sudah 10 tahun mendirikan rumahtangga,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam posting tersebut Abby turut memuat naik gambar dirinya bersama pasangan tersebut.

Katanya, pasangan tersebut sudah berdepan sebanyak tiga kali masalah keguguran. “Tiga kali gugur katanya tak ada rezeki. Terakhir, terasa sangat sebab dah enam bulan setengah. Tapi itulah, nak buat macam mana. Akhirnya Allah izinkan rezeki anak dengan jalan yang berbeza. Saya nasihatkan usahalah untuk susukan. Ambillah suntikan atau makan ubat asal bayi dapat menyusu sekurang-kurangnya lima kali kenyang yea. Senang nanti bila besar,” ujarnya. Di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan Abby yang sanggup bersusah payah dalam membantu pasangan yang mengimpikan zuriat.

Sehingga kini, menurut Abby, dia sudah berjaya membantu lebih 30 pasangan untuk mendapatkan bayi angkat.