Acap kali cetus kontroversi dalam posting di laman sosial Imam muda Asyraf nekad lakukan ini buat ramai tergamam. Dia buka mulut perjelas sesuatu yang sungguh memeranjatkan ramai

Kalau disebut namanya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan mungkin ramai yang tidak mengenali nama tersebut, tetapi jika dipanggil Imam Muda Asyraf lebih ramai yang mengenalinya. Dalam kehidupan seharian, bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang, apatah lagi melalui tutur kata yang diutarakan. Itulah yang cuba disampaikan oleh Imam Muda Asyraf pada satu entri di Instagram miliknya.

“Pepatah Melayu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata negatif padahnya. Tak dapat kita nafikan, betapa pentingnya menyelit perkataan “segelintir’, ‘sebahagian’, ‘tidak semua’, ‘sesetengah’, dalam ucapan yang kita tujukan kepada sesuatu kelompok. “Walaupun tidak sekelumit pun di dalam hati kita berniat dan bermaksud menyamaratakan kesemuanya. Tetapi itulah permainan kata dan bahasa. Dengan bahasa dan kata, fokus isu boleh berubah,” tulis Asyraf.

Menurut Imam Muda Asyraf, dia melihat kepada perkara itu sebagai satu isu yang sedang hangat dibincangkan kini kerana Impak yang amat besar dalam kesalahan pemilihan kalimat. “Tanpa melihat kepada mana-mana pihak. Hanya termenung seketika menilai diri sendiri yang sering berkata-kata. Saya dengan ini ingin memohon maaf kepada semua pihak seandainya pernah terlepas pandang dalam menyelit istilah ‘segelintir’ dalam mana-mana ceramah ataupun kuliah sehingga dirasakan ianya label sama rata untuk semua pihak. “Orang yang banyak bercakap pasti banyak salahnya. Sekian,” tulis Asyraf lagi. Mohammad Asyraf merupakan juara pertama program pencarian imam di kalangan generasi muda iaitu program Imam Muda melalui saluran Astro Oasis pada tahun 2010.

“Kadang-Kadang Rasa Macam Tak Baik Sangat Ke Aku Ni?” – Imam Muda Asyraf

Pendakwah Imam Muda Asyraf dedahkan dia juga tidak ketinggalan menerima komen-komen negatif daripada warganet. Asyraf berkongsi perkara itu menerusi episod baru program Rumah No 107. Menurut Asyraf, untuk tidak menggangu emosinya, dia mengambil langkah untuk mengabaikan dan tidak membaca komen-komen berkenaaan. “Perumpaannya begini, kalau 100 orang komen dan semuanya pujian, itu rasanya dah biasa kita dengar. Tapi dalam banyak-banyak itu, ada dua je komen jenis kata kata negatif, memang tidur pun tak lena.

“Kadang-kadang ada rasa macam tak baik sangat ke aku… Sebab itu saya sudah lebih kurang lapan ke sembilan tahun jugalah saya mengambil keputusan untuk berhenti baca setiap komen orang. “Bila kita tak baca kita jadi lebih tenang… Tapi lama-lama benda itu kita akan rasa seperti alah bisa tegal biasa,” kongsnya.
Selain Asyraf, Pencetus Ummah Azman (PU Azman) juga merupakan tetamu undangan untuk program tersebut.
Rumah No 107 dihoskan oleh Khir Rahman bersama Joey Daud, Man Raja Lawak, Ropie dan juga Vicha dengan watak masing-masing.

Imam Muda Asyraf teringin berpoligami?

Poligami dalam Islam dibolehkan dan diharuskan. Seorang lelaki dibolehkan beristeri hingga empat dengan syarat dapat berlaku adil terhadap isterinya. Juara Imam Muda (Astro) musim pertama 2010, Ustaz Muhammad Asyraf Mohd Rezuan turut tidak terkecuali melihat poligami itu bukan sesuatu isu yang terlalu sensitif untuk dibicarakan secara terbuka. Bertemunya baru-baru ini, beliau yang turut menceburi bidang perniagaan pakaian lelaki percaya lelaki dilahirkan dengan keinginan untuk hidup berpoligami.

Beliau sendiri percaya kepada konsep poligami sebenar berlandaskan syariat Islam dan bukan hanya menyediakan kemewahan kepada isteri semata-mata. Suami katanya perlu berlaku adil dalam usaha menggembirakan hati isteri selain memenuhi tuntutan nafkah zahir dan batin yang ditetapkan dalam Islam. “Saya sendiri teringin berpoligami tetapi tak apalah. Dalam hal ini, kena fikir panjang. Untuk ke arah itu, kena ada satu usaha dan keberanian yang kuat. Poligami itu dibuat jika ada hati dan membuat keputusan untuk berkahwin lain. Jadi secara jelas ia bukan hal main-main. Pada tahap sekarang jika ingin berpoligami, ia bukan setakat nak bercinta seperti zaman muda, tengok wayang dan sebagainya.

“Sebaliknya ia lebih besar daripada itu. Ia mengenai isu atau perihal membina keluarga dan kehidupan baharu. Tanggungjawab juga jadi lebih besar,” katanya. Namun, saat ditanya apakah dia sanggup mengamalkan konsep itu pada masa mendatang, jawapan ya atau tidak perlu dipertimbangkan daripada pelbagai sudut. “Ia terlalu sensitif dan sangat subjektif. Ada yang berpoligami tanpa memikirkan perasaan isteri sedia ada. Kebanyakan poligami yang dilakukan, pasti isteri akan terkilan… terasa hati. Selalu orang cakap, adakah wanita yang sanggup bermadu? Satu persoalan yang sukar dijawab serta merta. Jika saya sendiri yang mahu berpoligami, saya ada cara nak uruskan isteri.

“Saya sendiri akan bertanya dan bawa berbincang dengan isteri. Boleh ke… ok ke… saya nak berpoligami? Jika tak okey atau tidak untuk meneruskan ke arah itu, saya perlu realistik. Kalau nak teruskan pun hak masih ada. Tetapi jika kita sebagai suami ragu atau was-was untuk memberikan keadilan dengan berbahagi kasih sayang kepada wanita lain dan isteri, sebaiknya tak payahlah ke arah itu. “Jika kita nampak ia akan memberi implikasi besar kepada isteri dan atas dasar menjaga hati, janganlah begitu. Apa-apapun hal berpoligami ini dibuat atas pertimbangan masing-masing,” katanya.

Mengalih bicara, sejak menjuarai pertandingan realiti Imam Muda sejak 2010, kini Asyraf meneruskan survivalnya dengan cara tersendiri. Lima tahun menjadi tempoh untuk mematangkan diri. Jelas pertandingan berkenaan mengubah dirinya menjadi lebih peka kepada keadaan semasa dan peredaran masa. “Alhamdulillah lima tahun yang cukup indah dan mengajar saya menjadi lebih dewasa. Sekarang sudah masuk Pencetus Ummah musim ketiga (pertandingan yang diteruskan selepas Imam Muda). Juara dan imam baharu bersilih ganti. Di awalan kerjaya saya, jujur saya melihat ia satu perubahan besar. Sekarang, saya sudah mula membiasakan diri. Saya kian matang.

“Dahulu kekok dengan senario baharu dunia seni. Kita berinteraksi dengan orang industri yang tak pernah terfikir langsung selama ini. Dahulu, peranan iman itu hanya dipandang pada majlis tertentu sahaja. Kini lima tahun berlalu, saya kenal ramai orang termasuk rakan artis. Perbezaan itu sudah tak ketara. Ia sebahagian kehidupan kita bertemu dengan orang baharu setiap masa. “Masyarakat kita juga mula faham dan menerima bagaimana realiti program mencari imam (Imam Muda) itu menjadi pencetus kepada sesuatu yang baik. Ia tidak dipandang pelik lagi. Pergerakan saya kini juga lebih selesa dan tidak terbatas. Alhamdulillah,” katanya.