Achey buat hal kalini apabila sesuatu terjadi dengan lesen memandunya. Pengalamannya itu turut dikongsikan di instagramnya sehingga meraih perhatian warganet. Rupanya ini yang terjadi kepada pelawak itu.

Pelawak dan pelakon filem Kelaster, Achey berdepan dengan pengalaman melucukan sewaktu memperbaharui lesen memandunya. Achey menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya mendedahkan foto lucu yang terpampang dilesen memandunya. Kata Achey, fotonya dilihat menyerupai watak Pekan dalam filem Batu Belah Batu Bertangkup.
“Pesanan kepada yang nak renew lesen, pastikan anda bersedia. Dekat JPJ ada kamera je. Jangan minta bedak, celak, make up bagai.


“Jadi macam aku padan muka. Aduh 5 tahun bai. Siap macam si Pekan ada jambul pasal tak duduk diam,” tulisnya.
Sementara itu menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mengusik Achey yang dikatakan kelihatan seperti watak animasi popular, Upin Ipin. “Wah adakah ini geng Upin Ipin atau kembar tak seiras mereka. Uish M.Nasir rupanya. Bolehlah nyanyi sikit,” usik @ashabul178. “Nak saman pun tak jadi weh tengok gambar ni. Lima tahun abang polis / JPJ gelak guling,” komen @itseddyikhwan Dalam perkembangan terbaharu, Achey muncul dengan filem berjudul Kelaster. Selain Achey, Kelaster turut dibintangi oleh Nora Danish, Merqeen, Amyza Aznan dan Azhan Rani.

“Walaupun Terpaksa Menunggu 10 Tahun…” – Achey Beli Rumah Tiga Tingkat

Pelakon, pelawak dan usahawan Achey Bocey ternyata bersyukur dan gembira apabila impian untuk memiliki kediaman sendiri buat keluarganya tercapai. Rumah teres tiga tingkat yang terletak di Sungai Buloh, Selangor bakal diduduki selepas sambutan Hari Raya Aidladha nanti. “Allah yang susun. Bukan perkara yang perlu saya bangga-banggakan sebab semua milik-Nya. Hakikatnya masih hutang. Tapi benar kata ibu bapa, guru-guru sekolah dan nasihat-nasihat orang lama, menyimpan untuk masa depan.

“Setiap perkara kita buat mesti ada target. Walaupun 10 tahun. ASB, motosikal dan beberapa kehendak yang kami ada kami cairkan untuk renovasi. Tinggalkan keperluan dalam hidup dan untuk pekerjaan,” tulis Achey di Instagram miliknya. Rumah yang masih dalam proses renovasi itu dikatakan tidaklah semahal mana dan tidak dibeli secara tunai. “Rumah tak mahal mana. renovasi pun tak semahal mana, tapi kalau ada orang yang pakar, boleh dapat renovasi rumah cantik pada kos yang rendah.

SUMBER: GEMPAK