Ada sebab kenapa makanan bayi sentiasa buatkan kita rasa loya. Ini 3 sebab kenapa jangan letak penambah perasa di dalam makanan bayi.

Sebagai ibu bapa, kita semestinya mahukan yang terbaik untuk si comel kita. Daripada pakaian, keselesaan sampailah makanannya, semua kita nak bagi yang terbaik. Namun sebagai ibubapa, kita juga perlu cakna dengan apa yang makanan yang kita berikan kepada mereka. Ada sebab kenapa makanan bayi rasanya macam membosankan dan kita ada kemungkinan akan tambah garam untuk bagi ada rasa. Awas, jangan letak garam. Korang boleh baca rantaian tweet @drluqman untuk tahu sebabnya.

Deria rasa bayi lain dari orang dewasa

Sebagai orang dewasa, kita dapat membezakan pelbagai jenis rasa menggunakan lidah kita. Namun, untuk seorang bayi, deria rasanya sangat sensitif.

Lebih sesuai sekiranya kita elak letak garam atau apa-apa perasa tambahan dalam makanan bayi. Biar je rasa bosan kat lidah kita tapi mungkin dia rasa sensasi dalam mulut dengan rasa semulajadi makanan tu.

Takut nanti memilih makanan

Macam orang dewasa, kalau kita dah suka satu makanan tu, kita akan makan lagi-lagi sampai ketagih dan cuba elak makanan-makanan yang tak kena dengan tekak kita.

Nanti kalau dah besar, benda lain taknak makan, susah gak. Kena pulak makanan tu mahal sampai kopak dompet, kita nak makan nasi kosong tak berselera jadinya.

Kesan jangka panjang pada buah pinggang

Organ bayi yang masih belum matang memang sangat sensitif dan memerlukan nutrien yang sebenar untuk perkembangannya.

Kalau muda-muda kena buat rawatan memang susah lah. Harap kita sama-sama dapat elak dan berikan nikmat kehidupan sebenar kepada anak-anak kita.

Nampak Depan Mata Tikus Besar Buat Sesuatu Kat Lengan Bayi Dia. Ibu Kepada Bayi Ini Terus Buat Ambil Satu Inisiatif Yang Jarang Dibuat Orang

Ketika anak dia sedang tidur berseorangan,seorang ibu ini berhadapan dengan tr4uma selepas mendapati lengan bayinya yang cedera akibat digigt oleh tikus besar. Mneceritakan kembali kejadian yang berlaku pada November lalu,Jane Hunter berkata dia terjaga kira kira pukul 4 pagi selepas terdengar bayinya,Rowan yang berusia 18 bulan menangis dengan kuat.

Bingkas Jane ke bilik tidur Rowan sebelum terlihat seekor tikus besar sedang menggigt tangan anaknya itu. Ibu yang berusia 34 tahun itu segera halau haiwan berkenaan dan membawa bayinya ke hospital selepas mendapati cadarnya penuh dengan tompokan cecair merah,selain terdapat tiga kesan ggitm di lengan kanan.

Jane yang tinggal di sebuah rumah ladang dan menternak kuda berkata, dia sebelum ini pernah beberapa kali ternampak tikus namun ia bukanlah sebesar tikus yang mencederakan bayinya.Sejak kejadian itu, dia memelihara seekor kucing bernama Buttons sebagai salah satu cara untuk mengatasi masalah berkenaan.