Ada urusan rasmi dan memerlukan Kiriman Wang Pos. Ini caranya.

Cara buat kiriman wang pos di Pejabat Pos Malaysia | Kalau berurusan dengan Kerajaan contohnya nak buat bayaran sesuatu ke pejabat Kerajaan, biasanya kaedah pembayaran akan dibuat secara kiriman wang pos. Kadang-kadang aku pun pening kenapa tidak gunakan kemudahan yang ada seperti bayaran online.

Mungkin ada sebabnya. Jadi, tak perlu pening nak fikir benda tu. Kita turut saja arahan. Sebelum tu, mari kita lihat ciri-ciri wang pos ni. Ciri-ciri Wang Pos adalah seperti berikut:Cara paling mudah untuk mengirim wang dalam jumlah yang kecil Kiriman bermula dari nilai denominasi tetap RM1.00 hingga RM100.00. Boleh digabungkan bergantung kepada jumlah kiriman. Boleh didapati di semua Pejabat Pos. Penebusan boleh dibuat di semua Pejabat Pos dan Pejabat Pos Mini. Tarikh luput adalah tiga (3) bulan dari hari terakhir bulan pengeluaran

Langkah 1 Benda pertama sekali bila masuk ke pos Malaysia pejabat pos adalah terus pergi ke mana-mana kaunter yang tak jangan pergi ambil nombor dan duduk. Pergi ke kaunter dan beritahu nak buat wang pos. Explain la sikit kenapa nak buat wang pos. Biasanya nak buat wang pos akan ada satu surat. Boleh tunjukkan surat pada pekerja di kaunter tu supaya dia tahu sikit tujuan kita.

Nanti staff akan berikan satu borang seperti yang ditunjukkan di bawah.

Isikan semua info yang diperlukan. Kalau tak pasti yang mana perlu isi, boleh tanya terus di kaunter semasa dia berikan borang tersebut.

Langkah 2 Lepas siap isi borang, pergi balik ke kaunter tersebut untuk dia semak jika ada apa-apa yang tertinggal.Jika sudah lengkap, barulah pergi ambil nombor giliran untuk urusan seterusnya. Langkah 3 Bila nombor giliran dipanggil ke kaunter, berikan borang tadi kepada pekerja di kaunter tersebut.

Lepas tu, kita akan diminta untuk bayar secara cash berdasarkan jumlah yang nak bayar dan pihak pos akan ambil RM0.50 sebagai komisyen mereka. Lepas bayaran dibuat, mereka akan berikan kita satu keping seperti cek. Buat kiriman wang post di Pos Malaysia ceraikan bahagian kiri untuk disimpan oleh kita.

Langkah 4 Beli satu sampul surat pos express atau pos laju untuk proses penghantaran. Nak beli sampul biasa pun boleh. Cuma keselamatan dan juga nombor tracking tak ada. Jadi, kita tak tahu samaada sudah sampai ataupun belum.

Masukkan cek tadi ke dalam sampul surat tersebut dan masukkan pula ke dalam peti besi penghantaran pos.

Sumber: Faiz