Aedy Ashraf minta maaf menerusi satu postingnya di Instagram. Rata rata warganet dan kawan selebritinya sendiri komen sesuatudi posting tersebut. Ternyata ini yang diluahkannya.

Memulakan kerjaya lakonan sejak kanak-kanak lagi, Mohammed Zaedy Ashraf atau lebih mesra dikenali sebagai Aedy Ashraf seorang yang mementingkan kualiti berbanding dengan kualiti. Kerana itulah dia sedikit memilih dalam melakonkan watak-watak yang ditawarkan. Ahad merupakan sambutan hari lahirnya yang ke 27 tahun, dan dalam usia yang masih dianggap muda, Aedy memilih untuk menjadi seorang usahawan. Istimewanya, kali ini dia juga mengucapkan hari jadi buat dirinya sendiri di Instagram miliknya. “Happy birthday dy, semoga panjang umur kau dan sihat selalu. Sorry if I ever hurt you, mentally or physically.

“I love you dy. May your wish to be the best version of your self come true and may you find your happiness,” tulis Aedy khas untuk dirinya sendiri. Entri di Instagram miliknya itu juga menerima banyak ucapan hari lahir daripada teman-teman artis serta peminat-peminatnya. Aedy yang berasal dari Tumpat, Kelantan mula bergelar pelakon sejak berumur 10 tahun lagi ketika dia membintangi filem Jutawan Fakir. Aedy juga merupakan anak kepada pelakon yang mencipta nama sejak tahun 90an, Liza Zain.

SUMBER: GEMPAK


“Done move on…”- Peminat tertanya-tanya ‘siapa’ wanita dalam video Aedy Ashraf

Aedy Ashraf merupakan pelakon kanak-kanak yang sangat dikenali ramai dalam dunia hiburan tanah air. Bagaimanapun, jejaka berusia 26 tahun ini sehingga sekarang masih mendapat perhatian peminat. Malah, wajahnya juga sering menghiasi kaca televisyen dengan pelbagai drama yang dilakonkan olehnya. Terbaru pula, Aedy Ashraf ada muncul dalam drama bersama Fasha Sandha dan Faizal Hussein dan ramai lagi

Bagaimanapun, peminat juga dapat mengikuti perkembangan pelakon ini menerusi laman Instagram yang mana dia juga diantara selebriti lelaki popular. Namun begitu, berikutan satu video terbaru dikongsikan Aedy Ashraf membuatkan peminatnya tertanya-tanya siapakah wanita disampingnya. Video dikongsikan Aedy Ashraf jadi perhatian peminat. Aedy Ashraf dilihat memberikan ucapan ulangtahun kelahiran buat wanita terbabit dan ternyata perkara itu membuatkan ramai patah hati. Ada yang merasakan Aedy Ashraf dan wanita itu ‘sweet’ namun melihat mereka juga membuatkan peminat perlu move one kerana ada yang percaya wanita cantik berkenaan teman istimewanya. Perkongsian Aedy Ashraf ini meraih lebih 40 ribu tanda suka dan lebih 500 komen dari peminat buatnya.

SUMBER: HCL