Aeril Zafrel dedahkan sesuatu tentang Wawa Zainal buatkan ramai terkejut. Warganet turut meninggalkan beberapa komen atas apa yang Aeril Zafrel dedahkan.

Kata orang, kaum wanita kalau nak kahwin kena pandai masak dulu baru boleh pihat hati suami. Tapi macam mana pula kalau si suami mengakui isterinya tak pandai masak tetapi masih menerima dengan sepenuh hati asalkan si isteri pandai untuk cari duit? Pelakon Aeril Zafrel dengan secara terbuka mengakui bahawa isterinya, Wawa Zainal tidak pandai memasak tetapi dia masih menerima Wawa sebagai suri hatinya itu.

“Zaman sekarang ni tak kisah perempuan pandai masak ke tak, yang penting pandai cari duit. Orang lelaki ni kalau lapar dia boleh order je. Tapi kena juga pandai buat basic, masak air ke masak nasi ke kan. Macam Wawa pun, tak pandai masak saya terima je seadanya.” Mungkin maksud Aeril ialah sekiranya ada wanita yang tak pandai masak, dia masih boleh belajar bagaimana cara untuk memasak. Kenyataan Aeril itu telah membuatkan ramai orang menyuarakan pendapat dan pandangan sehingga menjadikan ruangan komen posting Wawa seperti platform luahan hati.

Wawa turut mengakui bahawa pada awal perkahwinan dia memang tidak pandai untuk memasak tetapi tetap berusaha untuk belajar demi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri sehingga la kini dia sudah boleh masak bermacam-macam jenis juadah. At least kaum wanita ni kena juga mempunyai usaha untuk belajar memasak demi kebahagiaan suami dan keluarga sendiri.

Sempena Birthday Aeril, Wawa Mahu Buka Soalan Dari Warganet Untuk Dijawab. Sekali Ada Seorang Warganet Ini Tanya Soal Madu Dan Ini Respon Dari Wawa Zainal.

Pelakon Wawa Zainal menerima tawaran bermadu oleh seorang warga maya pada hari ulang tahun suaminya, Aeril Zafrel semalam. Tawaran itu diberikan kepadanya oleh seorang wanita selepas Wawa menerusi akaun Instagram miliknya mahu menawarkan diri untuk menjawab segala persoalan mengenai suaminya.

“Happy birthday again my love. Walaupun plan last minute tapi dapat realisasi kan surprise ni. Pertama kali surprise untuk Aeril haha best juga sweet-sweet macam ni rasa macam baru bercinta. Sempena birthday Aeril yang ke-32, korang nak tanya apa pasal president TikTok ni? Saya tolong jawab,” tanyanya.

Menerusi entri tersebut, Wawa memuat naik fotonya bersama Aeril ketika kejutan itu dilakukan. Kemas kini tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata tidak lepaskan peluang untuk bertanya. Namun apa yang menarik perhatian apabila seorang pengikutnya menwarkan diri untuk menjadi madu atau isteri kedua Aeril. “Nak madu tak? Madu soulmate,” tanya warganet tersebut.

Bagaimana Wawa membiarkan persoalan yang ditanyakan itu tanpa jawapan.

Walau bagaimanapun, Wawa hanya menjawab satu soalan iaitu mengenai tambah cahaya mata dalam keluarganya. “Nak tambah baby lagi tak?” tanya salah seorang pengikutnya. Wawa menjawab “nak” untuk persoalan tersebut. Sekadar info, Aeril, 32, dan Wawa, 28, mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2012. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 5, serta Aya Soffya yang lahir pada 1 Disember 2019.

Genap Setahun Anak Bongsu Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal. Tular Apabila Mereka Memakai Baju Ini Ketika Menyambut Hari Jadi Anaknya.

Pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal meraikan ulang tahun pertama anak bongsu mereka, Ayya Soffya pada Selasa. Menerusi laman sosial Instagram, Aeril berkongsi foto istimewa sambutan hari jadi secara sederhana itu untuk tatapan umum. 

“Alhamdulillah hari ini genap setahun @ayyasoffya. Happy birthday cinta hati ayah. Jom wish kat dia, nanti bila besar dia boleh baca,” tulis Aeril di ruangan kapsyen.  Menerusi perkongsian itu lagi, sambutan hari jadi Ayya itu diraikan di rumah dengan anak-beranak hanya memakai baju tidur.  Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya yang teruja melihat Ayya kini berusia satu tahun. 

Aeril Zafrel dan keluarganya menyambut hari jadi anaknya.

“Ya Allah rasa macam baru semalam jumpa Wawa tengah pregnantkan Ayya Soffya. Dah setahun dah dia, happy birthday girl,” ujar pelakon Ramona Zamzam. Happy birthday Ayya, semoga jadi anak soleh dan musleh,” tulis pelakon Sari Yanti. “Yeke bang dah besar dia baca hmmm. Comel anak abang harap dia jodoh saya 20 tahun nanti aaa,” usik seorang wargamaya. “Selain dari pasangan Hairul dan Hanis, aku suka tengok Aeril dan Wawa ni. Suka tengok cara diorang bahagiakan isteri diorang. Memang nampak murah rezeki diorang. Anak-anak pun comel pintar semuanya,” puji seorang wargamaya. “Alhamdulillah dah setahun dah Ayya. Semoga membesar jadi anak yang solehah,” kata seorang wargamaya. “Sekarang kecik lagi. Happy birthday Ayya. Nanti dah besar reply okay hahaha,” komen seorang wargamaya lagi. 

Sekadar info, Aeril, 32, dan Wawa, 28, mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2012. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 5, serta Aya Soffya yang lahir pada 1 Disember 2019.

Baju Terselak Ketika Sedang Menari Bersama Suami. Wawa Zainal Ditegur Oleh Warganet.

Sering berkongsi perjalanan manis bersama serta bibit romantis bersama suaminya pelakon Aeril Zafrel, aktres serta usahawan kosmetik tersohor tanah air, Wawa Zainal kini tampil berkongsi sebuah video di laman Instagram memaparkan dirinya dan suaminya sedang menari. Perkongsian di laman  Instagram itu menyaksikan Wawa dan Aeril seakan lincah mempersembahkan latihan tarian tango kepada umum.

“Fuhhhh ingat selama ni menari kacang je sekali kena tango… hambik!! Susah rupanya tapi boleh la kan.” Namun begitu, wujud juga segelintir pihak yang dilihat tidak teragak-agak menegur baju dipakai Wawa seolah terselak ketika ibu kepada tiga cahaya mata itu sedang asyik menari.

Bagaimanapun, Wawa yang terkenal dengan sifat lemah lembutnya tampil memaklumkan kepada umum bahawa bahagian yang terdedah itu tidak menampakkan perutnya kerana beliau memakai ‘inner’ atau pakaian dalam.

“Tak tak tu bukan nampak perut.. Wawa sejenis yang tak boleh kalau tak pakai inner dalam.. tak selesa.. inner wajib pakai setiap hari.” Untuk rekod, video berdurasi 19 saat itu sehingga kini dilihat tidak putus-putus dilimpahi komen positif pengikutnya, malah mereka juga tidak terlepas menzahirkan rasa kagum melihat kehebatan Wawa sangat lincah menari sambil menyarung kasut tumit tinggi.

Sumber: Instagram Wawa Zainal