Ain Edruce tergamak berkata sebegini pada suaminya apabila tidak miliki sifat ini seperti pasangan lain. Dia tampil beritahu sikap sebenar suaminya pada peminat buat mereka seakan tidak percaya

Pengacara serta pelakon Ain Edruce, 29, akur dan reda dengan sikap suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa, 28, yang tidak romantik. Ain ditemui berkata sikap tidak romantik itu sudah dedahkan Amirul sejak mereka mula berkenalan lagi dan tidak ada sebab untuk dipersoalkan.”Saya sendiri selesa dengan sikap Amirul, walaupun dia tidak romantik seperti pelakon Korea yang selalu dibayangkan kebanyakan wanita yang suka menonton drama.

“Amirul tetap istimewa dan saya bersyukur dipertemukan jodoh terbaik dengannya. Dia suami yang penyayang, bertanggungjawab dan selalu memasak untuk kami berdua,” katanya. Menurut pelakon sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) di TV3 ini, dia bagaimanapun teruja mendapat hadiah jambangan bunga daripada suaminya, baru-baru ini. “Seronoklah juga apabila Amirul menghadiahkan jambangan bunga ketika sambutan hari jadi saya, baru-baru ini. Tak sangka, dapat juga merasa.

“Kalau tak, selalu tengok rakan-rakan saja yang dapat jambangan bunga. Tapi, tak apa sebab itu tanda penghargaan pasangan masing-masing,” katanya. Mengulas juga mengenai cahaya mata, Ain berkata dia dan suami tidak merancang kerana yakin ia rezeki daripada Yang Maha Esa. “Walaupun ada juga saudara-mara yang bertanya soal anak, saya jawab sahaja yang kami belum ada rezeki. Malah, kami pun tidak tertekan soal anak. “Saya dan suami, kami sentiasa positif kerana urusan jodoh, rezeki, hidup dan ajal adalah ketentuan Allah SWT. Kalau sudah sampai rezeki ada anak, pasti jadi kenyataan juga,” katanya. Menurut Ain, selagi belum memiliki cahaya mata, dia akan memberi fokus pada kerjaya seninya. Ujarnya, perancangan Allah adalah yang terbaik. Sehubungan itu, Ain dan Amirul bernikah pada 13 Disember tahun lalu selepas enam bulan mereka bertunang.-My metro

Ain Edruce selamat bergelar isteri ahli perniagaan

 Dengan sekali lafaz, pengacara dan pelakon, Ain Edruce, 27, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa, 26, jam 9.11 malam ini pada majlis akad nikah yang berlangsung di Quill City Mall, di sini. Majlis yang dihadiri keluarga terdekat menyaksikan pengantin perempuan menerima mas kahwin RM888, selain tiga dulang hantaran berbalas lima. Jumlah wang hantaran bagaimanapun dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Pasangan berkenaan dinikahkan bapa pengantin perempuan, Ar Edruce Sabri, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perpisahan dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Masjid Jamek, Kampung Baru, Azizi Ab Hamid. “Alhamdulillah, majlis dapat diadakan dengan sempurna walaupun persiapan dibuat pada minit akhir kerana kesibukan saya dalam lakonan. “Semoga perjalanan kami dalam fasa fasa baharu sebagai suami isteri dipermudahkan. “Saya juga tidak menganggap status sebagai isteri sebagai penghalang untuk mengembangkan jenama sendiri dalam dunia seni,” katanya.

Ain berkata, dia terpikat dengan suaminya, yang dikenali menerusi Instagram, kira-kira setahun lalu, kerana sikapnya yang berbeza dengan pemuda lain. “Amirul seorang yang sangat budiman ketika menyatakan hasratnya untuk berkenalan. Walaupun bukanlah terlalu romantik, dia lelaki yang suka berterus-terang,” katanya yang akan diraikan dalam majlis resepsi di lokasi sama, esok. -Pasangan ini bertunang pada 22 Jun lalu.-Berita Harian


Gara-gara buat ‘house tour’, rumah besar Ain Edruce tular!

Pelakon, Ain Edruce kelmarin menjadi bualan ramai apabila dia akhirnya memenuhi permintaan peminat untuk melihat segmen house tour kerana sayang dia terhadap followers yang mengikutinya. Seperti diketahui, Ain Edruce juga merupakan seorang Youtuber yang mempunyai channel Youtube miliknya sendiri dimana dia juga antara selebriti yang turut popular menerusi laman terbabit dengan memiliki lebih 380 ribu subscribers.

Walau bagaimanapun, sebelum berkongsikan di laman Youtube miliknya, Ain Edruce ada juga memuat naik satu rakaman video dilaman Instagram untuk berkongsi kepada followers dan ternyata ramai yang memuji rumahnya yang kelihatan menarik. Katanya menerusi Instagram, oleh kerana semua sering meminta agar dia membuat house tour dan kali ini melalui perkongsian dia di Youtube, dia melakukan hal itu buat semua.

Biarpun begitu, Ain Edruce berkongsikan pelbagai bahagian dalam rumahnya yang menarik dan dalam pada masa yang sama, dia memberikan info kenapa dia melakukan dekorasi terbabit. Dia yang juga dikenali dengan perangai lucu membuatkan warganet juga terhibur dengan gayanya yang bersahaja ketika membuat house tour. Menerusi ruangan komen di youtube, Ain Edruce membuatkan orang ramai teruja melihat rumahnya itu selain memberitahu bahawa rumah terbabit menjadi idaman. Dalam pada masa yang sama, sikap humble pengacara dan pelakon terkenal itu turut menerima pujian ramai.- HCL