Ain Edruce terus raih perhatian apabila tergamak biarkan suaminya ambil alih tugasnya melakukan kerja rumah jadi perdebatan ramai. Dia beri jawapan win hingga buat ramai terkedu akan responnya yang satu ini

Pelakon dan pengacara Ain Edruce mengakui berasa cukup bertuah apabila dikurniakan seorang suami yang cukup memahami dan banyak membantunya dalam urusan rumah tangga. Bahkan, menurut Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 29, antara perkara yang cukup bermakna buatnya apabila dianugerahkan seorang suami yang rajin ke dapur untuk memasak dalam menyediakan juadah harian. “Satu yang bagus mengenai Amirul ni, dia suka masak. Bahkan, jika saya balik kerja, dia akan tanya ‘sayang nak makan apa’ sebab dia nak pergi beli barang untuk masak.

“Kalau saya balik kerja penat-penat pun, dia tak pernah paksa saya untuk masakkan untuk dia, tak ada minta saya bangun pagi sediakan makanan,” katanya kepada Astro Gempak. Bahkan, sejak mendirikan rumah tangga, menurut Ain, suaminya itu juga lebih banyak memasak berbanding dirinya. “Sejak berkahwin, rasanya dia yang lagi banyak memasak berbanding saya. Jadi, saya tak boleh nak merungut apa-apa walau dia seorang yang tak romantik. Lebih baik saya diam sebelum dipertikai sebab saya jarang masak.

“Lagipun, saya pun suka bila dia masakkan untuk saya. Bila dia masak, saya buat kerja lain seperti mencuci. Amirul ini adalah definisi lelaki yang suka ‘give and take’,” katanya yang bakal muncul sebagai pengacara program Immortal Songs. Ain mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019.

‘Kenapa nak malu belajar masak dengan suami’ – Ain Edruce

Pengacara dan pelakon Ain Edruce, 28, mengaku dia tidak malu belajar memasak daripada suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa, 27. Ain yang baharu tujuh bulan mendirikan rumah tangga dengan Amirul berkata suaminya tahu dia tidak mahir dengan kerja dapur terutama memasak seperti wanita lain. “Sebelum bernikah lagi, Amirul memang tahu saya tak pandai sangat memasak. Namun, ia bukan isu kerana saya boleh belajar.  “Alhamdulillah, selama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu, saya guna peluang tak kerja dan duduk di rumah dengan belajar memasak bersama Amirul,” katanya kepada Harian Metro.

Ain berkata suaminya yang juga ahli perniagaan sudi berkongsi resipi dan mengajarnya sehingga boleh memasak hidangan menu untuk mereka berdua. “Soal memasak ini, antara nak belajar dengan tidak sahaja. Saya gembira belajar memasak daripada suami berkaitan menu kegemarannya. “Saya bukan isteri sempurna, tetapi di antara kami berusaha untuk saling melengkapi. Alhamdulillah, saya sedia memperbaiki kekurangan diri,” katanya.

Menurut Ain lagi, dia dan suami kini semakin menyesuaikan diri dengan kehidupan berumah tangga. Apapun, ujarnya dia bersyukur suaminya rajin dan sangat memahami. Ujar Ain, suaminya cekap mengurus diri sendiri. Malah, Amirul juga menyokong dia sepenuhnya dalam kerjaya. Katanya dia sangat bersyukur. Megulas soal cahaya mata, Ain berkata dia dan suami menyerahkan pada ketentuan Allah. Jelasnya, urusan zuriat adalah rezeki Allah yang tidak dirancang Kembali aktif mengacara, Ain kini sibuk menyiapkan rakaman program terbaharu, Immortal Song untuk TV3. Selain, dia juga akan ke set penggambaran sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) musim baru.

Ain Edruce selamat bergelar isteri ahli perniagaan

Dengan sekali lafaz, pengacara dan pelakon, Ain Edruce, 27, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa, 26, jam 9.11 malam ini pada majlis akad nikah yang berlangsung di Quill City Mall, di sini. Majlis yang dihadiri keluarga terdekat menyaksikan pengantin perempuan menerima mas kahwin RM888, selain tiga dulang hantaran berbalas lima. Jumlah wang hantaran bagaimanapun dirahsiakan atas permintaan keluarga. Pasangan berkenaan dinikahkan bapa pengantin perempuan, Ar Edruce Sabri, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perpisahana dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Masjid Jamek, Kampung Baru, Azizi Ab Hamid.

“Alhamdulillah, majlis dapat diadakan dengan sempurna walaupun persiapan dibuat pada minit akhir kerana kesibukan saya dalam lakonan. “Semoga perjalanan kami dalam fasa fasa baharu sebagai suami isteri dipermudahkan. “Saya juga tidak menganggap status sebagai isteri sebagai penghalang untuk mengembangkan jenama sendiri dalam dunia seni,” katanya. Ain berkata, dia terpikat dengan suaminya, yang dikenali menerusi Instagram, kira-kira setahun lalu, kerana sikapnya yang berbeza dengan pemuda lain.

“Amirul seorang yang sangat budiman ketika menyatakan hasratnya untuk berkenalan. Walaupun bukanlah terlalu romantik, dia lelaki yang suka berterus-terang,” katanya yang akan diraikan dalam majlis resepsi di lokasi sama, esok. Pasangan ini bertunang pada 22 Jun lalu.