Ajai akhirnya nekad memohon maaf pada peserta program realiti Hafiz Zainal atas komen panas menyebabkan perdebatan ramai. Dia buka cerita sanggup minta maaf sebab satu perkara ini

Penyanyi dan komposer Ajai tampil memohon maaf kepada bintang Big Stage 2020, Hafiz Zainal. Ajai membuat kejutan secara langsung kepada Hafiz pada permulaan konsert minggu kedua Big Stage 2020. “Saya akui saya salah perkataan, mungkin itu prinsip saya apabila menjadi seorang juri dalam sesebuah pertandingan,” katanya. Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Faizal Maas menyatakan sikpanya itu bertujuan untuk melihat semua peserta Big Stage berjaya apabila keluar daripada program itu nanti. Terdahulu, Ajai yang dilantik sebagai juri tetap Big Stage 2020 bersama Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir memberikan markah terendah dalam sejarah kepada Hafiz Zainal ketika menyanyikan lagu Fly Me To The Moon.

Markah itu dinilai berdasarkan persembahan dan vokal setiap peserta. Sikap Ajai itu melakar sejarah markah terendah dari juri dalam mana-mana pertandingan realiti di Malaysia. Undi peserta kegemaran secara online menerusi serta menerusi aplikasi SYOK. Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000. Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) setiap hari Ahad jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).-Gempak

“Saya Beri 2/100 Dari Sudut Kematangan” – Khir Rahman Komen Markah Ajai, Anggap Tak Fikir Panjang

Pelakon Khir Rahman menyifatkan sikap penyanyi dan komposer Ajai memberikan markah 2 peratus kepada bintang Big Stage 2020 adalah kurang matang. Jelas Khir, secara peribadinya, markah 2 peratus itu wajar diberikan kepada Ajai daripada sudut kematangan manusiawi. “Saya tonton ulang siar Big Stage 2020. Secara peribadi saya berikan 2/100 markah untuk Ajai dari sudut kematangan manusiawi. Terdahulu, Ajai yang dilantik sebagai juri tetap Big Stage 2020 bersama Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir memberikan markah terendah dalam sejarah kepada Hafiz Zainal ketika menyanyikan lagu Fly Me To The Moon. Markah itu dinilai berdasarkan persembahan dan vokal setiap peserta. Sikap Ajai itu melakar sejarah markah terendah dari juri dalam mana-mana pertandingan realiti di Malaysia. Jangan lupa saksikan 12 bintang Big Stage 2020 beraksi di konsert minggu kedua pada Ahad ini.-Gempak

Hanya beri 2 markah, minta tidak sedarkan diri sebab nyanyian kurang sedap, komen ‘lantang’ Ajai di Big Stage 2020 dianggap berlebihan!

Minggu  pertama program realiti Big Stage 2020 mendapat perhatian apabila komposer terkenal iaitu Ajai selaku juri tetap program itu menjadi trending di Twitter gara-gara komen ‘panas’ dan keterlaluan. Ajai mengkritik seorang peserta Dr Hafiz Zainal yang dikatakan menyanyi sumbang dan hanya memberikan markah 2 daripada 100 markah sepatutnya. Selain itu, Hafiz yang menyampaikan lagu Fly Me To The Moon itu diminta untuk tidak meneruskan nyanyian sumbangnya dan lebih baik diam atau buat-buat tidak sedarkan diri.

“Awak nyanyi saya tak perlu bagi apa-apa points, I’m sorry for that. Sebab dari mula sampai akhir, sumbang! Awak salah rumah. Saya nak tanya peribadi, awak tahu tak yang awak sumbang? “Make sure bila sumbang tu jangan sambung balik key yang tu. Biar awak diam pun tak apa. Sampai awak dapat the right key. Lagi nampak awak cantik atau pun awak tidak sedarkan diri lagi best” komen Ajai. Pada persembahan itu, dua juri tetap lain iaitu Dayang Nurfaezah memberikan sebanyak 54 markah daripada Dayang Nurfaizah dan 78 markah daripada Faizal Tahir yang meletakkan Hafiz Zainal di kedudukan ketiga terbawah.

Biar awak diam pun tak apa, awak rebah lagi best!

Hafiz terselamat berikutan tiada sebarang penyingkiran pada minggu pertama program tersebut. Rata-rata warganet di laman sosial Twitter meluahkan rasa kurang senang dengan komen Ajai yang dianggap sebagai hanya menjatuhkan semangat peserta itu. Malah warganet turut membuat tanda pagar (buang Ajai sebagai juri) sebagai tanda protes. Selain Hafiz, 11 peserta turut bertanding dalam program itu ialah Ucop, Azzam Sham, Yamani Abdillah, Sandra Dianne, Nana Sheme, Amir Hasan. Fadh Majid, Farisha Iris, Hanie Soraya dan Qody Rany dan Dinie Rashid. Program Big Stage 2020 yang mengangkat ‘Budak Budak Baru Nak Up’ (BBNU) ini bersiaran secara langsung setiap Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria.