Akhirnya MK buka mulut lepas foto tak senonoh sebelum ini kembali tular sehingga mendapat perhatian warganet. Ternyata ini respon MK mengenai gambar itu.

“Mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.” Itu pendirian penyanyi rap juga anggota K-Clique, MK apabila ditanya mengenai fotonya dicium pipi oleh rakan lelaki, kembali diperkatakan. Malah, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Amdan, 24, sekali lagi hanya menyerahkan kepada umum untuk memberi pandangan masing-masing. “Terpulang kepada individu untuk ambil apa yang mereka lihat.

“Saya sendiri sudah penat untuk berikan komen. Tiada apa-apa kerana ia bukan satu isu bagi saya,” katanya. Meminta untuk menghentikan perkara yang boleh menimbulkan perkara yang tidak benar, ini reaksi MK andai ada pihak yang seakan sengaja menyebarkan foto atau video yang boleh memberi pesepsi kurang enak tentang dirinya. “Kalau rasa ia ‘content’ yang bagus, teruskanlah untuk kongsi. Cuma nasihat saya janganlah sampai perkara dikongsi itu boleh menimbulkan fitnh. Akan makan diri sendiri juga nanti.

“Kalau tidak ada perkara bagus untuk dikata atau dikongsi, lebih baik untuk diam. ”Cuma kalau ada pendapat, boleh lontarkan. Saya tiada masalah,” jelasnya lagi. MK terdahulu ditemui pada Havoc Food Festival 3.0 yang mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam yang diadakan di Stadium Shah Alam selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad lalu. Acara yang memberi peluang kepada barisan selebriti dan peniaga tempatan menjana pendapatan selepas terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 itu menyaksikan pengunjung yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Sumber: Media Hiburan

Isu peluk, cium MK K-Clique maafkan peminat

MK, 23, atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, perkara itu diharap menjadi pengajaran buat semua pihak. “Sebenarnya, perkara ini tak besar. Ia hanya kesilapan dan mereka sudah belajar. Malah, individu yang melakukan aksi itu sudah minta maaf menerusi pengurus dan pasukan saya. “Secara peribadi, saya maafkan mereka dan biar ia menjadi pengajaran. Bukan sahaja untuk mereka tetapi untuk saya juga, orang ramai dan semua. “Cuma, ia jadi besar pun disebabkan warganet. Kita pun tahu macam mana warganet buat kerja,” katanya kepada Harian Metro. Menurut MK, insiden itu pertama kali berlaku dan terkejut dengan aksi peminat.

Sumber: Hmetro