Akhirnya pemuda ini berjaya turunkan 60 kg berat badannya. Rupanya dia amalkan dengan diet dan juga menari lagu K Pop.

Tak ada yang mustahil, itu lah yang ditunjukkan oleh pemuda ini dalam misinya untuk menurunkan berat badan. Yang menariknya, pemuda ini menggunakan hobi menari lagu K-pop sebagai exercise! Siapa kata lelaki tak boleh menari. Gunakan hobi suka menari lagu K-pop sebagai senaman untuk kurus. Menurut Wawan, menari lagu korea tu memang hobi dia.

2 tahun misi, bermula dari Oktober 2018 sampai September 2020

2019 tu typo, actually dari Oktober 2018 sampai September 2020. Dalam video itu, kita boleh lihat perubahan yang ketara setelah hampir 2 tahun dia memulakan misi menurunkan beratnya. Bukan sekejap tau!

Berjaya turun 60 KG!

Bermula dari 154KG sehingga 94.7KG! Walaupun begitu, pemuda ini masih lagi meneruskan misinya bagi mendapatkan berat badan ideal. Saya amalkan diet, sebab pemakanan 82%, exercise 20%. Kalau menari sahaja tak jaga makan, tak boleh kurus.”

Kena kuatkan semangat

Bukan senang nak jadikan sesuatu kebiasaan lebih-lebih lagi diet dan exercise sebab sekarang ramai yang nak kurus tapi nak ambil jalan mudah. Min respect dengan Wawan ni! “Jangan putus asa, aku pun pernah jatuh dan malas nak diet,lagi-lagi masa pkp haritu. Tapi kena kuatkan semangat juga demi apa pun!” Dia juga telah memuat naik video perbandingannya dahulu dan sekarang. Jauh beza kan? Video berdurasi 1 minit 32 saat yang tular di Twitter itu telah ditonton oleh 229,400 pengguna, 5,600 ulang kicau, dan 12,300 tanda suka. Ramai yang telah memberikan semangat agar pemuda ini tidak berputus asa.

Korang boleh tengok perjalanan diet dia dengan lebih terperinci kat Instagram shah.rizuann. Goodluck! P/s : Penulis telah mendapatkan kebenaran dari posting asal untuk menyiarkan artikel ini. Sumber : twitter shahrizuann_ , instagram shah.rizuann

Sesetengah orang pasti mengalami sakit kepala belah kanan. Kini anda penjelasannya.

Ramai yang mengalami sakit kepala di bahagian kanan, apa puncanya? Ada sesetengah orang apabila mereka mengalami sakit kepala ia hanya berlaku pada bahagian kanan sahaja. Selain berasa sakit, ia turut disertakan dengan gejala seperti mual, sensitif pada cahaya dan suara serta mata berasa sakit. Berikut adalah beberapa penyebab sakit kepala di sebelah kanan dan cara mengatasinya;

1. Faktor gaya hidup

Antara faktor yang boleh menyebabkan sakit kepala sebelah kanan adalah gaya hidup. Tekanan, terlalu banyak berfikir, letih dan tabiat pemakanan antara penyumbang kepada keadaan itu. Selain itu, salah posisi tidur dan duduk juga boleh menyebabkan gangguan otot leher dan memicu rasa sakit.

2. Jangkitan dan 4lergi

Sakit kepala sebelah kanan juga boleh disebabkan jangkitan sinus dan elergi yang menyerang saluran pernafasan. Jangkitan dan elergi ini dapat menyebabkan keradangan. Akibatnya, muncul tekanan dan sakit di belakang tulang pipi dan dahi seterusnya menyebabkan rasa sakit kepala di sebelah kanan.

Menekap ais atau air panas dapat melegakan sakit kepala.

3. Gangguan saraf

Penyebab lain adalah gangguan saraf dan salah satunya adalah keradangan saraf yang mengalir dari bahagian atas sumsum tulang belakang ke kulit kepala. Gejalanya seperti sakit kepala sampai ke leher, mata dan sensitif pada cahaya. Keradangan pembuluh darh arteri di kepala dan leher atau arteritis temporal juga dapat memicu rasa sakit kepala sebelah kanan. Gangguan saraf ini biasanya sekejap tetapi sangat menyakitkan.

4. Kesan sampingan ubat

Kesan sampingan ubat tertentu boleh juga menjadi penyebab kepada sakit kepala seperti ubat tahan sakit dan ubat tidur terutamanya jika diambil dalam tempoh jangka panjang. Bagaimanapun kebanyakan penyebab sakit kepala sebelah kanan ini tidak perlu dibimbangkan kerana kebiasaannya ia akan sembuh dengan sendiri dengan pengambilan ubat yang sesuai seperti paracetamol. Selain itu, menekap bahagian yang sakit dengan ais dan tidur dapat melegakannya. Namun sekiranya ia berlanjutan, adalah lebih baik berjumpa dengan doktor kerana ada kemungkinan ia sebabkan oleh perkara lain.

Apakah Punca Kerap Sakit Kepala Selepas Bangun Tidur. Disini Ada Jawapannya Yang Membuatkan Anda Tertanya Selama Ini.

Terdapat beberapa sebab ramaii antara kita yang mengalami sakit kepala selepas bangun tidur. Gejala sakit kepala ini sering kali dianggap biasa oleh semua orang. Tetapi tahukah anda sakit kepala adalah satu penyakit yang serius jika serangan itu kerap kali terjadi.

Bagi mereka yang sudah terbiasa mengalami kesakitan ini di pagi hari terutamanya ketika bangun tidur, mereka perlu sedar bahawa itu adalah kesan daripada hari sebelumnya. Justeru, pengambilan ubat sakit kepala setiap kali diserang gejala ini bukanlah sesuatu yang tepat. Malah, seseorang itu perlu mengenal pasti sebab-sebab berlakunya kesakitan ini terhadap dirinya. Ini merupakan kebarangkalian penyebab seseorang itu mengalami sakit kepala dengan kerap;

Insomnia

Insomnia adalah gangguan tidur yang menyebabkan seseorang itu susah untuk tidur, seterusnya tidak cukup tidur walaupun terdapat waktu untuk melakukannya. Akibat penderitaan ini, seseorang itu akan bangun tidur di pagi hari dengan rasa sakit kepala.

Mengalami kemurungan atau kebimbangan melampau (anxiety)

Kemurungan pula merupakan faktor risiko insomnia, dan jika seseorang itu berdepan dengan kebimbangan melampau. Individu seperti ini akan lebih sukar untuk tenang dan meredakan diri. Oleh itu, rasa sakit kepala akan dapat dirasai jika seseorang itu banyak berfikir dan berada dalam keadaan yang serabut. Ini selalunya terjadi di pagi hari selepas bangun dari tidur kerana individu seperti ini akan banyak memikirkan hal dunia.

Minuman berkafein

Teh atau minuman yang penuh dengan kafein sememangnya tidak bagus untuk kesihatan. Banyak kajian telah dilakukan dan mendapati bahawa ia dapat meningkatkan tekanan dar4h seseorang. Peningkatan tekanan darah ini akan menjadi punca seseorang itu mengalami gejala sakit kepala. Antara kaitan sakit kepala ketika bangun adalah disebabkan pengambilan kafein dan akan membuatkan seseorang itu sukar untuk tidur atau sakit perut.

Ubat-ubatan

Ini selalu terjadi apabila seseorang itu terbiasa dengan pengambilan ubat ketika sakit kepala. Untuk pengetahuan anda, ubat tidak akan membantu anda untuk melegakan sepenuhnya malah akan membuatkan anda rasa sakit kepala selepas hilang kesan daripada ubat tersebut.