Akhirnya terbongkar juga kisah hubungan Raja Syahiran dan Uyaina Arshad. Rupanya ini penjelasan setelah lama menjadi tanda soal warganet berkenaan perkara itu.

KUALA LUMPUR: “Cantik luar dalam…. Dia juga matang dan profesional.” Demikian pandangan bakat baharu, Raja Syahiran mengenai pengacara jelita, Uyaina Arshad yang dikatakan intim dengannya. Namun, Raja Syahiran atau nama penuh, Raja Syahiran Raja Azhanrianshah, 27, menjelaskan hubungan mereka bukan atas dasar pasangan bercinta. “Saya suka Uyaina sebab dia matang dan profesional. Sama seperti saya, dia lebih fokus kepada dirinya dan tidak terlalu memikirkan soal kahwin.

“Tapi, kami dalam fasa perkenalan. Kami sedang mengenali hati budi masing-masing. Mana tahu, kalau ada jodoh dan rezeki, kami terima dengan tangan terbuka,” katanya kepada BH Online. Baru-baru ini, warganet kecoh apabila foto memaparkan Raja Syahiran dan Uyaini tampil sedondon ketika menghadiri majlis persandingan Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, viral. Mengulas mengenai foto itu, Raja Syahiran tidak menyangka gambar itu viral.

“Sebelum ini, saya rakam gambar bersama kawan-kawan, tak pernah diperkatakan. Ini kali pertama foto saya viral. “Mulut orang kita tidak boleh hendak kawal. Apa orang cakap, tidak kisahlah, baik atau buruk, saya tidak boleh kawal. “Apa yang saya tahu, mahu jadi yang terbaik dan jadi diri sendiri. Uyaina juga sedang fokus pada kerjayanya. Kami mahu berbakti kepada keluarga sebelum memikirkan soal kahwin,” kata penyanyi Jangan Panggil itu.

Dalam perkembangan lain, Raja Syahiran aktif berlakon selepas bercuti sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “Disebabkan tidak banyak yang boleh dilakukan dalam bidang nyanyian, ketika ini, saya fikir lebih baik membabitkan diri dalam dunia lakonan. Ini juga cara untuk mengembangkan sayap seni saya. “Namun, jiwa saya masih pada muzik,” katanya yang baru selesai menjalani penggambaran telefilem seram, Ada Yang Ikut.

SUMBER: BHONLINE

Sedang Kenal Hati Budi, Raja Syahiran Mengaku Rapat Dengan Uyaina Arshad

Penyanyi dan bintang Dansa dan Sing, Raja Syahiran mengakui sedang berkenalan dengan pengacara dan pelakon Uyaina Arshad. Rapat dengan gadis itu semenjak beberapa bulan lalu, Syahiran memberikan respon terhadap dakwaan yang mengatakan mereka sedang menjalin hubungan cinta. “Sebenarnya, saya dah lama kenal Uyaina, tapi semenjak beberapa bulan lalu hubungan kami rapat. Saya selesa berkawan baik dengan Uyaina kerana dia seorang yang baik.

“Kami sedang dalam proses berkenalan. Keluarga kami juga tiada halangan kami berkawan,” kata Syahiran ketika dihubungi oleh Gempak. Tambah penyanyi lagu If I Could Go Back itu, Uyaina merupakan seorang gadis yang bijak dan menyenangkan. “Apa yang membuat saya selesa berkawan rapat dengan Uyaina adalah kerana dia merupakan seorang gadis yang berfikiran jauh. Boleh dikatakan, kami tak pernah berborak kosong.

“Ada saja topik yang kami bincangkan dan dia juga mempunyai personaliti yang ceria dan perkara itu membuatkan ramai orang selesa bersahabat dengan Uyaina,” kata Syahiran lagi. Sebelum ini, dakwaan mengatakan Syahiran dan Uyaina menjalin hubungan timbul selepas mereka sering berbalas komen mesra di laman Instagram. Menguatkan lagi khabar angin, mereka tampil berdua ke majlis resepsi perkahwinan Mira Filzah dengan menyarungkan busana sedondon.

SUMBER: GEMPAK