Akibat penularan wabak Covid 19 yang dijangka semakin teruk. Terkini satu lagi tempat di Terengganu diarahkan tutup bagi mengelakkan orang ramai terkesan dengan wabak itu.

KUALA TERENGGANU: Galeri pameran di Kompleks Muzium Negeri Terengganu ditutup enam hari bermula Sabtu ini bagi mengekang penularan COVID-19 di kawasan tumpuan pelancong itu. Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Che Muhamad Azmi Ngah, berkata penutupan itu juga sebagai langkah berjaga-jaga berikutan peningkatan jangkitan COVID-19 ketika ini.

Katanya, pihaknya akan melakukan proses sanitasi membabitkan ruang pameran dan tempat-tempat lain sepanjang penutupan itu. “Bagaimanapun, sebarang urusan pengurusan beroperasi seperti biasa mengikut waktu pejabat,” katanya. Terdahulu, tiga sekolah di Kuala Nerus ditutup sementara, disusuli Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Selain itu, bangunan pentadbiran kerajaan negeri iaitu Wisma Darul Iman turut ditutup selama tiga hari bermula kelmarin.

Sumber: BHONLINE

Dapat kenalpasti kakitangan positif COVID19. UnisZa hanya ditutup 3 hari dan ini rupanya punca satu individu tersebut disahkan positif COVID19

Sebelum ini, KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ditutup selama tiga hari sehingga Rabu ini selepas seorang kakitangannya disahkan Covid-19 hari ini. Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, semua kakitangan UniSZA juga diarahkan untuk bekerja dari rumah sepanjang tempoh penutupan itu. Beliau memberitahu, ia membolehkan aktiviti disinfeksi secara menyeluruh dilakukan di seluruh kampus UniSZA iaitu Gong Badak di sini; Tembila, Besut dan Perubatan, Kuala Terengganu. “Begitupun, kakitangan UniSZA yang bekerja di perkhidmatan perlu seperti keselamatan, kesihatan, kewangan, hal ehwal pelajar dan kolej kediaman dikecualikan daripada arahan bekerja dari rumah itu.

“Kebajikan semua 584 pelajar yang menghuni semua kolej kediaman UniSZA juga sentiasa dijamin. Pengajaran dan pembelajaran tetap diteruskan secara dalam talian sepanjang tempoh tiga hari penutupan kampus ini,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini. Hassan Basri menjelaskan, kakitangan UniSZA terlibat dipercayai terdedah dengan Covid-19 setelah menaiki pesawat sama dengan seorang individu yang disahkan positif pandemik tersebut baru-baru ini.“Kakitangan UniSZA itu menaiki pesawat berkenaan untuk kembali ke Kuala Terengganu setelah menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur manakala individu positif Covid-19 itu pula pulang dari Sabah.

“Beliau telah diarahkan untuk menjalani ujian saringan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan kini ditempatkan di Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan setelah disahkan positif Covid-19,” katanya.Dalam perkembangan sama, Hassan Basri memberitahu, seramai 14 kakitangan UniSZA lain yang telah dikenalpasti sebagai kontak rapat pesakit itu juga telah ditempatkan di sebuah pusat kuarantin di daerah ini. – K! ONLINE