Akui pernah merajuk dengan dunia seni. Azhan Rani luah perubahan yang dia alami selepas dia kembali aktif berlakon

KUALA LUMPUR: Pelakon, Azhan Rani mengaku pernah merajuk dengan dunia seni hingga mengambil langkah drastik menutup akaun Instagram (IG).Namun, Azhan, 44, memberitahu, tindakan itu tidak lama, selepas sedar bahawa pada hakikatnya, populariti tidak penting. Sebaliknya, bagi Azhan, cabaran sebenar anak seni adalah bagaimana mahu kekal relevan dengan pasaran semasa.

“Sejak dahulu lagi, saya terima pelbagai thmahan dan orang tidak pandang diri saya. Tapi, saya fikir, kenapa Allah jentik hati Datuk Rosyam Nor untuk mengangkat saya menjadi hero jaaahat pada 2006.”Saya tidak bermula dengan watak pelakon tambahan, sebaliknya, melalui watak jaaahat itu.”Mesti ada sebab mengapa Rosyam pilih saya. Dia ada banyak pilihan pelakon di Malaysia yang lebih kacak dan berbakat. Jadi, kenapa hanya dengan isu populariti, saya hendak merajuk?

“Saya percaya industri kreatif kecil di Malaysia hanyalah untuk mereka yang kental sahaja,” katanya kepada BH Online.Sehubungan itu, Azhan menasihatkan teman seperjuangan usah merajuk biarpun ketika ini, banyak pihak termasuk penerbit menilai populariti berdasarkan jumlah pengikut di laman sosial dalam menawarkan ‘job’ atau peluang berlakon.

“Sebab apabila kita merajuk, kita tidak akan rasa mahu bangkit dan berjuang. Sebenarnya, Allah itu adil. Allah sudah tentukan nasib masing-masing.”Pertama kali tampil, saya hadir dengan banyak kekurangan seperti soal paras rupa. Boleh tengok sendiri keadaan kulit saya. Layakkah saya berlakon di kaca televisyen (TV) dan sebagainya?”Tetapi saya lawan perasaan itu. Saya percaya apabila kita ikhlas dalam mengangkat naskhah dan amanah kita, insya-Allah, Allah akan meletakkan kita di tempat betul,” katanya ditemui pada sidang media filem TV, Frontliner di ibu negara, baru-baru ini.

Mengulas mengenai naskhah terbitan Iproduksi D’Alphalegacy Sdn Bhd itu, Azhan membawa watak doktor yang menangani penularan COVID-19.Azhan berkata, pengalaman menyarung pakaian perlindungan (PPE) ketika penggambaran menjadi perkara paling mencabar.”Walaupun saya pernah membawa watak doktor sebelum ini, kali ini lebih mencabar apabila saya perlu memakai PPE selama tiga jam.

“Tetapi apalah sangat kalau hendak dibandingkan dengan pegawai perubatan sebenar. Mereka memakai PPE bagi tempoh maksimum enam jam.”Berbeza dengan saya, suasana di tempat penggambaran berhawa dingin, sebaliknya, pegawai perubatan perlu turun padang dalam cuaca panas.”Biarpun hanya tiga jam, pengalaman itu sangat menginsafkan. Boleh dikatakan apa yang dilalui dianggap azaab dunia,” katanya.

Tambah Azhan, dia hilang selera makan dan kerap tertidur di lokasi penggambaran.”Saya rasa diri seperti ‘frontliner’ sebab cepat letih. Adakalanya saya tertidur di tepi tangga dan bawah kerusi sementara menunggu adegan seterusnya.”Sebab itulah pengalaman itu menginsafkan. Apatah lagi, apabila mendapat tahu mereka yang menyarung PPE, berisiko dijangkiti jika cara membuka persalinan keselamatan itu tidak betul,” katanya.-mymetro