Alami masalah serius melibatkan kesihatan sejak akhir akhir ini. Ropie baru tampil masalah yang dihadapinya sehinggakan tidak boleh berada dalam keadaan bersendirian

Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak popular Ropie, 53, mengakui mengalami masalah ‘panic attck’ atau srangan panik yang serius sejak akhir-akhir ini. Ropie atau nama sebenarnya Zahid Tajuddin berkata, dia mula mengalami masalah itu sejak berusia 40 tahun dan gej4la ini akan datang setiap kali dia bersendirian.”Jika memandu, saya perlukan teman di sebelah. Itulah sebabnya isteri sering menemani saya ke mana-mana. Saya pernah tiba tiba tak sedarkan diri di tepi lebuh raya. Ketika sedang memandu tiba-tiba tangan saya berpeluh. Macam-macam perasaan datang.

“Akhirnya saya ke hospital dan selepas dimasukkan air dan melakukan ujian drah, barulah semuanya okay,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran HSF Production(M) Sdn Bhd dan pengumuman filem sulung terbitan mereka berjudul Puteri Gunung Sengkuang di sebuah hotel di Kuala Lumpur, semalam.Ropie yang popular dengan watak Nayan dalam filem Hantu Kak Limah berkata, dia akan menolak penggambaran yang tidak membolehkan isteri menemaninya.

“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memang saya tak keluar ke mana-mana kerana kita hanya dibenarkan keluar seorang diri.”Masalah’ ini datang tak tentu masa dan rasanya ramai artis termasuk yang muda mengalami perkara ini. Doktor kata ia mungkin berpunca kerana penat, tak cukup tidur dan kolesterol tinggi,” katanya. Menurutnya, masalah ini datang secara tiba-tiba membuatkan badan berpeluh, jantung berdebar-debar dan perasaannya tidak stabil.

“Saya risau apabila melihat rakan-rakan artis yang sudah menghembuskan nafas terakhir pada usia muda. Saya sebenarnya takut nak jumpa doktor. Sebagai alternatif, saya beli alat untuk ujian drah dan sebagainya,” katanya. Anak jati Taiping, Perak ini mempunyai tiga anak iaitu seorang lelaki dan dua perempuan daripada perkahwinan dengan bekas isteri pertama.”Mereka sudah dewasa. Insya-Allah bulan depan saya akan dapat cucu kedua. Isteri sekarang dikahwini pada 2016 dan kami belum dikurniakan anak,” katanya.-metro

Isu pH air… Ilya, Ropie dan Ajak mohon maaf secara terbuka – “Ia jadi pengajaran buat kami”

Kumpulan Rare mengaku kesal atas ketrlanjuran mereka dalam persembahan di MLM2019. SELEPAS dua minggu isu pelawak Ilya Buang didkwa disekat daripada membuat persembahan di Shah Alam, kumpulan Rare akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka atas ketrlanjuran mereka yang dianggap telah menyndir kerajaan.Kumpulan yang turut dianggotai oleh Ajak Shiro dan Ropie menyatakan kekesalan mereka ketika membuat persembahan di final Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 pada 10 Januari lalu.

Ilya juga berharap selepas ini tiada lagi mana-mana pihak yang menyimpan perasaan kurang senang terhadap mereka.“Kami ingin menyatakan kekesalan dengan apa yang berlaku pada malam MLM 2019 dan ingin memohon maaf secara terbuka kepada pihak MBSA serta penonton.“Harap-harap tiada lagi pihak yang memendam rasa dengan kumpulan Rare. Kami juga mahu isu ini berakhir dengan aman dan turut mengambil iktibar dari kejadian yang berlaku.“Insya-Allah kami akan lebih berhati-hati di masa akan datang. Semoga ini menjadi pengajaran buat kami bertiga,” kata Pak Ya kepada mStar.Kumpulan Rare ditemui ketika sidang media khas bersama mStar di Tropicana City Mall, Petaling Jaya pada Jumaat.

Harap-harap tiada lagi pihak yang memendam rasa dengan kumpulan Rare.

Sebelum ini, Pak ya atau nama sebenarnya Ilya Buang meluahkan rasa terkilan apabila namanya didkwa disekat pihak tertentu daripada membuat kemunculan dalam dua episod sitkom Sepahtu Reunion Live 2020 yang bersiaran secara langsung di Royal Teater, Shah Alam.Pada malam final MLM 2019 lalu, kumpulan Rare muncul dengan lawak sindirn apabila melakonkan babak komedi di mana Ropie menggunakan penapis air kononnya untuk menapis kadar neutral dan kadar kandungan pH (air).Ilya kemudian bertanya jika pH air itu okay, bagaimanapun Ropie memberi jawapan ‘teruk’.PH dalam pengertian politik merujuk kepada Pakatan Harapan.Dalam pada itu, Ilya juga berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan apa yang terjadi pada kumpulan mereka.-mstar