Alhamdulillah anak kecil kesayangan rakyat Malaysia iaitu Ainul Mardhiah sudah melangkah ke hadapan apabila perkembangannya terkini terus meraih perhatian warganet.

Kanak-kanak bertuah, Ainul Mardhiah sememangnya menjadi buah hati kesayangan rakyat Malaysia apabila orang ramai masih mengikuti perkembangannya di media sosial dari semasa ke semasa. Selepas selesai menjalani operasi, kanak-kanak berusia dua tahun itu dilihat membesar dengan baik dan semakin menunjukkan perkembangan positif seperti kanak-kanak seusianya.

Ainul dah pandai jalan. Terbaru, menerusi muat naik di Instagram ibu Ainul, Nurul Erwani telah memuat naik video memaparkan anak sulungnya itu sudah mampu berjalan sendiri. Menerusi rakaman berdurasi 30 saat itu, dapat dilihat Ainul sudah boleh berjalan tanpa perlu dipapah oleh ibu atau bapanya lagi. “Part jatuh tu sorry tergelak Ainul”. Melihat dia membesar dengan baik, rata-rata warganetyang mengikuti Ainul turut gembira melihatnya semakin sihat dan aktif. “Good job Ainul! “Semangat Ainul memang kuat”. ” Seronok tengok dia jalan laju”. Semoga Ainul terus sihat dan membesar jadi insan yang berguna untuk agama, keluarga dan masyarakat.

Sumber: Nurul Erwani

Sumber: Nurul Erwani, OhMyMedia

Ainul Mardhiah sudah pandai senyum dan gelak

Terdahulu, “Alhamdulillah, Ainul Mardhiah sudah pandai tersenyum dan gelak bila kita suka mengagahnya,” kata Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, bapa kepada Ainul Mardhiah, bayi kesayangan rakyat Malaysia yang sebelum ini menghadapi knser ‘Germ Cell Tumor’ di mulut. Ainul Mardhiah yang kini berusia 14 bulan juga tidak banyak meragam walaupun masih perlu bergantung pada alat sokongan pernafasan serta memakai alat membersihkan kahak.

“Berat badan Ainul Mardhiah juga turun naik. Sekarang beratnya 3.87 kilogram (kg). “Esok pula, dia sekali lagi akan membuat rutin pemeriksaan biasa di Hospital Melaka, susulan daripada operasi di London, United Kingdom (UK), tempoh hari. “Dalam sebulan, dua kali Ainul Mardhiah perlu menjalani rutin pemeriksaan biasa ini. Alhamdulillah, setakat ini perkembangan kesihatannya cukup baik serta mengikut apa yang dirancang oleh pasukan perubatan sebelum ini,” katanya yang ditemani isterinya, Nurul Erwani Zaidi, 24, ketika ditemui BH di rumahnya di Rumah Awam Ayer Molek.

Ahmad Safiuddin berkata, mereka sekeluarga juga kerap berhubung dengan pasukan perubatan di UK yang turut gembira menyaksikan perkembangan positif bayi mereka. Ditanya kemungkinan ada lagi rawatan susulan selepas ini, beliau berkata, Ainul Mardhiah dijangka menjalani operasi sumbing atau ‘cleft palate’ pada bahagian lelangitnya. Bagaimanapun, katanya, operasi itu tidak akan dilakukan dalam waktu terdekat, sebaliknya bergantung kepada perkembangan kesihatan Ainul Mardhiah.

“Doktor yang membuat rawatan susulan di sini yang akan menentukan tempoh masa untuk Ainul Mardhiah melakukan operasi cleft palate ini. Sama ada usianya dua atau tiga tahun, atau mungkin lebih awal bergantung kepada perkembangan kesihatannya. “Mungkin juga operasi dibuat di Malaysia, kerana kita sudah mempunyai ramai pakar dalam bidang berkenaan,” katanya.

Sementara itu, gelagat Ainul Mardhiah turut meraih tumpuan ketika pertemuan di rumah keluarganya. Tidak banyak meragam, Ainul Mardhiah yang hanya berbaring di atas tilam juga begitu leka memegang bahagian plastik alat membersihkan kahak yang sudah menjadi ‘permainannya’. BH sebelum ini melaporkan Ainul Mardhiah berada di London lebih dua bulan sejak 25 Mei lalu untuk menjalani operasi knser Germ Cell Tumor di mulut. Kesihatannya terus menunjukkan perkembangan positif apabila berat badannya semakin bertambah.- BHONLINE