Alif Satar akui dia merindukan isterinya. Sekali isterinya balas dengan kata begini buatkan ramai terkedu.

Umum mengetahui penyanyi dan pengacara Alif Satar kini dikuarantin selepas disahkan positif wabak covid-19. Namun, laman sosial miliknya termasuk Instagram tidak pernah sepi daripada kemaskini oleh penyanyi yang popular menerusi lagu Jangan Nakal itu. Terbaharu, Alif telah memuat naik satu foto serta kapsyen menyatakan kerinduannya terhadap isteri, Shadila Halid.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah respon yang diperoleh serta ditulis oleh isterinya.

Rata-rata sebak dengan respon berkenaan, selain turut mengambil peluang untuk membalas komen isterinya itu dengan menyatakan mereka turut faham perasaan yang dialami pasangan tersebut. Sementara itu, menerusi ruangan komen, rakan-rakan artis dan peminatnya turut meninggalkan kata-kata semangat termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dato Hattan, Naim Daniel, Elly Mazlein, Ippo Hafiz, Catriona Ross, Sharnaaz Ahmad, Anuar Zain dan ramai lagi. Untungnya Alif, ramai sayang dia! Semoga cepat sembuh ya.

Sebelum Ini Alif Satar Dikritik Oleh Warganet. Kini Tak Sangka Jiran Jirannya Buat Begini Pula.

Selebriti serba boleh, Alif Satar yang kini berada dalam tempoh kuarantin akibat C0VlD-19 sekali lagi menyatakan rasa terharu atas sifat pemurah jiran tetangga yang menawarkan pelbagai bentuk bantuan kepadanya. Perkara tersebut dikongsi pemilik dengan nama sebenar Muhammad Alif Mohd Satar, 30, selepas memuat naik gambar sumbangan makanan daripada jiran di laman Instagram miliknya.

“Alif sangat terharu. Jiran Alif ambil maklum tentang situasi keluarga Alif sekarang dengan isteri dan anak-anak Alif perlu kuarantin. Mereka semua menawarkan bantuan, ada yang ingin bantu dengan membuangkan sampah, menghantarkan makanan. Ini baru betul #KitaJagaKita,” jelasnya.

Dalam pada itu, Alif mengucapkan terima kasih kepada yang berkenaan sambil menyifatkan perlakuan mereka itu sebagai bukti nilai kemanusiaan yang baik masih wujud. “Terima kasih MD Community, anda tahu siapa anda, faith in humanity restored. Ada hamba Allah nama Aziz dan Arsyad memberi hidangan nanas masak lemak dan salah seorang jiran kami, Jasmine tinggalkan depan pintu. Ini dia… contoh #KitaJagaKita. Alhamdulillah komuniti jiran tetangga Alif sangat ‘supportive’, memahami dan membantu dalam kesusahan,” jelasnya.

Terdahulu, isteri penyanyi, Alif iaitu Sha Dila Hadid dan tiga anak mereka, Alisha Anugerah, 5; Ariana Mecca, 3; dan Muhammad Ali, 1, disahkan neg4tif C0VlD-19 selepas membuat ujian saringan pada Isnin. Sebelum ini, Alif turut menyatakan rasa terharu selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sudi bertanya khabar kepadanya. Alif turut berterima kasih atas keprihatinan Dr Zulkifli yang mendoakan kesihatannya menerusi aplikasi panggilan video FaceTime.

Sumber: Awani

Isteri Alif Satar Menarik Nafas Lega Apabila Mendapat Tahu Keputusan Seperti Ini. Alif Satar Juga Turut Sempat Mengatakan Satu Benda Ini Pada Warganet.

Selebriti serba boleh, Alif Satar melahirkan rasa syukur selepas isteri, Sha Dila Halid, 35, dan anak-anak, Alisha Anugerah, 4, Ariana Mecca, 2, dan Muhammad Ali, 1, negatif Covid-19. Walaubagaimanapun, demi keselamatan keluarganya itu akan terus kuarantin di rumah selama dua minggu. “Allah SWT makbulkan doa kalian semua. Alhamdulillah.. Isteri dan anak-anak Alif bebas dari Covid-19, dan akan terus kuarantin di rumah selama 2 minggu,” tulisnya.

Berita gembira itu dikongsikan di Instagram (IG) miliknya dengan memuat naik foto keluarga. Dalam pada itu, pelantun lagu I Want You To Love Me turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus mendoakan untuknya dan keluarga.

“Alif menerima ribuan mesej dan kata-kata positif melalui Instagram dan WhatsApp. Alif baca dan di sini Alif ucapkan terima kasih yang tak terhingga atas doa tuan-tuan dan puan- puan sekalian. Terima kasih atas semua yang telah anda lakukan untuk keluarga saya dan saya. Saya berdoa semoga Allah SWT mengabulkan doa untuk anda dan keluarga anda juga. Insya-Allah,” tulisnya lagi.

Pada Ahad lalu, Alif membuat pengumuman di laman sosial IG mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan di sebuah pusat perubatan di Melaka. Sebagai kontak rapat, Sha Dila dan tiga cahaya mata, Alisha Anugerah, 4, Ariana Mecca, 2, dan Muhammad Ali, 1, sudah melakukan ujian calitan di kediamannya, jam 9.30 pagi, semalam (Isnin).