Alif Satar disamakan dengan badang apabila tampil dengan sut serba hijau raih perhatian ramai. Dia buka mulut cerita perkara sebenar pada umum. Rupa rupanya ini yang terjadi

Selebriti serba boleh Alif Satar meraih perhatian ramai apabila tampil serba hijau dalam sut hijau badan berketak-ketak. Menerusi laman sosial Instagram, Alif memaklumkan dirinya tampil begitu kerana menjadi model iklan komersil bagi sebuah ubat lekat pelega kesakitan badan. “Seronok buat penggambaran untuk iklan komersil. Masa penggambaran ni ada juga Salonpas yang kena tampal tapi berbaloi bila tengok hasil akhirnya,” tulis Alif di ruangan kapsyen. Menerusi iklan berdurasi 30 saat itu, menyaksikan Alif memakai sut adiwira berwarna hijau mengelilingi kota menaiki motorsikal bagi menyediakan ubat pelekat tersebut kepada mereka yang memerlukan. 

Meninjau ke ruangan kapsyen, rata-rata wargamaya terhibur dengan aksi superhero Alif sehingga ada yang menggelarkannya sebagai Badang. “Haha rasa kelakar tengok, macam tengok Badang,” kata seorang wargamaya.“Ni kalau datang kat kereta masa tengah jam seronok jugak,” kata seorang wargamaya. “Kalah rider-rider Malaysia bro, laju betul penghantaran,” usik seorang wargamaya. “Alif ni boleh letak dalam mana-mana karakter la, walaupun kena pakai kostum hijau Salonpas. Memang masuk dengan sengih awak tu. Comel dan menarik untuk ditonton,” puji seorang wargamaya. “Berair mata ni tengok superhero naik motor,” tulis seorang wargamaya lagi. 


Sehingga kini, perkongsian Alif tersebut telah mendapat hampir 10,000 tontonan dalam masa satu jam dimuat naik. Sekadar info, Malaysia pernah menghasilkan filem Badang The Movie dengan menampilkan Datuk Seri Aliff Syukri sebagai teraju utama. Filem arahan Profesor Datuk Dr. A. Razak Mohaideen itu berjaya mengutip jumlah kutipan sebanyak RM75,000. 

Alif Satar sudah buat wasiat, risau nasib isteri dan anak-anak jika dia pergi menghadap Illahi dulu – “Kita tak tahu berapa lama akan hidup”

Kes pemergian mengejut pada usia muda beberapa rakan selebriti sejak kebelakangan ini membuatkan penyanyi dan pengacara Alif Satar risau mengenai nasib dan masa depan keluarganya. Justeru kata Alif dia mengambil langkah proaktif dengan menyediakan pelan pewarisan harta ataupun dokumen wasiat semasa hidup bagi memudahkan isteri dan anak-anaknya meneruskan kehidupan selepas ketiadaannya. “Orang selalu cakap supaya buat simpanan, tetapi sepatutnya anda perlu buat wasiat. Saya sebenarnya tak berapa pandai buat benda ni, tapi ia tetap perlu dibuat. “Macam saya sendiri sudah sediakan wasiat sejak ada anak pertama lagi. Sebab kita tak akan tahu, berapa lama kita akan hidup,” katanya.

Alif di temui semasa sidang media drama bersiri Family Spy di Great Eastern Mall pada Isnin. Sementara itu bapa kepada tiga anak itu berkata dia juga kini mula menjalinkan kerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) bagi menggerakkan kempen kesedaran kepada orang ramai mengenai kesihatan jantung. Alif merupakan antara selebriti yang mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan. “Ianya merupakan sebuah kempen yang di buat melalui saluran YouTube untuk memberitahu dan mendidik orang ramai tentang perlunya menjaga ‘enjin’ anda.

“Apa yang saya buat? Saya jadi seperti ujikaji, jantung saya jadi bahan uji kaji tentang bagaimana sebenarnya jantung berfungsi dan baru-baru ini saya menjalani ujian yang dipanggil VO2 Max,” tambahnya. VO2 Max atau kadar pengambilan oksigen maksimum adalah satu index terbaik untuk melihat kemampuan ketahanan kardiorespirasi seseorang individu apabila menjalani sesuatu latihan kecergasan yang sistematik.

Tambah Alif, beberapa kes kehilangan nyawa akibat sakit jantung yang mudah dihadapi generasi muda membuatkan dia lebih bersemangat untuk menyeru orang ramai agar tidak mengambil mudah mengenai soal kesihatan. Alif akan muncul dalam drama Family Spy menerusi saluran Astro.“Ada banyak kes orang muda terutamanya lelaki pergi menghadap Illahi kerana sakit jantung. Jadi saya nak ajak orang ramai untuk menjaga kesihatan jantung,” ujarnya.

Bercerita lanjut mengenai isu kesihatan, Alif berkata dia juga merancang untuk menganjurkan aktiviti bersukan yang terbuka kepada orang ramai di Putrajaya. Menerusi kerjasama dengan Perbadanan Putrajaya (PPj) itu, Alif mengajak orang ramai untuk sama-sama menjalani latihan kecergasan dengannya. “Saya nak menggalakkan aktiviti bersukan untuk negara. Apabila sertai Ironman, ia bukan untuk kepentingan saya sahaja tapi diharapkan ia dapat memberi impak kepada orang ramai. “Sekarang ini semua orang suka sertai acara larian, berbasikal… jadi saya nak buat aktiviti bulanan dan nak ajak semua orang train dengan saya. Boleh berenang dekat tasik Putrajaya,” jelasnya.

‘Neelofa buat ‘free’ saja’ – Alif Satar

Pembabitan pengacara popular, Neelofa dalam video lirik lagu Damba Cinta-Mu nyanyian Alif Satar bersama Raihan adalah secara percuma. Alif, 30, berkata, dia bertuah dan berbesar hati apabila bekas pengacara MeleTop itu sudi bekerjama dengan buah tangan pertama syarikatnya, ASET Records Sdn Bhd. “Dia buat secara percuma. Saya pun tak tahu macam mana Lofa boleh setuju. Saya sangat berbesar hati dan gembira. Semasa menawarkan tugas itu, saya tanya berapa bayaran tapi dia cakap tak perlu. Buat dan rakam saja. “Saya terus macam, tak tahu lah. Lofa bagi produk susu, tudung kepada isteri dan ini buat video lirik secara percuma pula. Lofa memang memberikan komitmen sepenuhnya. Apa saya minta dia buat saja tanpa bertanya apa-apa. Saya sangat bertuah dia terbabit dalam projek ini,” kata pemilik nama sebenar Muhammad Alif Mohd Satar ini kepada Harian Metro.

Alif juga pernah berganding dengan Neelofa dalam drama bersiri popular, Red Velvet pada 2017. Terdahulu, Alif yang juga pelakon Dia Semanis Honey muncul pada sesi siaran langsung dirumahjer di Instagram myhmrap, semalam. Pada sesi yang mencecah lebih 12,000 tontonan itu, Alif berkata, idea bekerjasama itu timbul selepas melihat gambar Lofa yang tular sedang berdoa di Arafah ketika menunaikan Haji. “Asalnya saya dan Raihan ada benda nak buat membabitkan kami. Namun, apabila fikir balik, saya cakap ada idea nak bekerjasama Lofa. Kalau imbas semula tahun lalu semasa Lofa buat Haji, ada gambar dia berdoa menangis di Arafah di tengah hujan.

“Saya terus menghubungi Lofa dan beritahu mengenai projek ini. Dia tanya kena buat apa, saya jawab menangis saja. Dia gelak dan cakap okay. Mungkin orang tak tahu, Lofa ini ada potensi menjadi pelakon ‘method’. Saya tahu kemampuan dia boleh menangis dan sedih. Jadi, dalam video ini saya nak dia menangis. “Dia datang studio awal tahun. Sebelumnya dia tanya nak mekap macam mana. Saya cakap tak nak, hanya bawa telekung hitam saja. Rakaman tidak sampai setengah jam pun. Kalau ikutkan saya dan Raihan patut ada juga dalam video, tapi disebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ketika ini, akhirnya Lofa seorang saja. Tapi pasukan saya buat suntingan dengan satu cara dan stail video lain iaitu MV lirik bersama Lofa,” katanya.

Menerusi video lirik yang dilancarkan semalam itu memaparkan model wanita yang menampilkan Neelofa menangis ketika berdoa dalam persalinan telekung hitam. Dalam tempoh 24 jam, video itu sudah mencecah hampir 300,000 tontonan. Lagu Damba CintaMu adalah nyanyian asal kumpulan Raihan yang dirakam pada 1997 menerusi album Syukur.