Aliff Syukri bongkar cerita sebenar mengenai tingkah laku pengadu akan resortnya yang dikatakan tak seindah khabar. Dia bongkar cerita sebenar pada umum seakan tak percaya apa yang telah berlaku buat ramai tergamam akan pengakuannya itu

Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri tampil memberi penjelasan mengenai aduan seorang pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan disediakan di tempat penginapan miliknya. Aliff Syukri menerusi posting di Instagram (IG), memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan sekumpulan pengunjung yang tidak menjaga etika ketika mengunjungi Sugeh Hill Resort yang terletak di Janda Baik, baru-baru ini. Menerusi rakaman CCTV tersebut, Aliff Syukri menyatakan keluarga pemuda yang menularkan tentang rumah rehatnya itu tidak menjaga etika dan adab ketika berada di sana. Antara yang dipaparkan ialah beberapa orang kanak-kanak berlari di kawasan lobi, bermain tali skipping dan bola sepak termasuk makan di ruangan tersebut.

Menurut Aliff Syukri, lobi bukanlah tempat yang sesuai untuk melakukan semua aktiviti tersebut dan mengucapkan terima kasih kerana menegur kelemahan pihak pengurusan Sugeh Hill Resort. Dalam pada itu, Aliff Syukri turut memberitahu pekerja di tempat penginapan tersebut telah menegur keluarga berkenaan namun dibalas dengan kata-kata kurang baik oleh mereka.

“Assalamualaikum, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih ke atas komen untuk resort saya dan ingin saya maklumkan resort saya ini baru beroperasi dalam beberapa bulan sahaja. “Di sini saya ingin kongsikan juga keadaan sebenar yang berlaku. Di sini kita lihat etika yang kurang manis apabila kanak-kanak dibiarkan berlari-lari bermain di belakang kaunter, makan di lobi saya. “Di sini saya ingin kongsikan juga keadaan sebenar yang berlaku. Di sini kita lihat etika yang kurang manis apabila kanak-kanak dibiarkan berlari-lari bermain di belakang kaunter, makan di lobi saya.

“Kan sudah disediakan kafe, tempat bermain seperti padang dan ruang legar yang lebih sesuai. Dan saya rasa baring, makan bawak periuk tidak sesuai dilakukan di lobi. “Anda lihat sendiri seorang wanita bermain skipping di lobi saya dan kami sudah memaklumkan ini bukan tempat permainan. “Kerusi sofa semua dialihkan tanpa meminta kebenaran kami. Secara jujurnya sukar untuk saya ungkapkan tetapi bila dah jadi macam ni saya terpaksa juga berkongsi tentang kumpulan ini yang mereka buat lobi seperti rumah mereka. “Yang paling menyedihkan siap main bola sepak ya…Siap masuk ke ruangan kaunter utama saya…,” katanya kesal. Dalam pada itu, Aliff Syukri turut merakam komen beberapa penginap di rumah rehat beliau dan rata-ratanya berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan.

Aliff buang sikap kurang baik, kembali ke sisi keluarga

Hidup usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri sunyi dan kosong selama empat bulan berjauhan dengan keluarga. Membuang jauh ego yang menguasai diri, Aliff akhirnya kembali ke pangkuan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid dan anak-anaknya selepas empat bulan tinggalkan mereka. Menerusi entri dimuat naik dalam Instagram (IG), semalam, usahawan kontroversi itu memberi bayangan seakan kemelut rumah tangga kembali jernih. Menerusi hantaran yang memuat naik gambarnya bersama anak bongsu, Raudhah Arshiyah, Aliff menjelaskan, apa yang berlaku bukan gimik meraih publisiti, sebaliknya kehidupannya juga seperti orang biasa, ada kala berdepan dengan pasang surut dalam rumah tangga.

“Rindu sangat nak peluk anak saya, Raudah. Empat bulan berjauhan dari anak-anak membuatkan hidup terasa kosong. Saya buang sikap kurang baik saya dan kembali ke pangkuan keluarga. “Lama menyepi bukan merajuk, cuma muhasabah diri untuk menjadi manusia yang soleh, menghargai, matang dan apa yang saya perlukan dalam hidup. “Apa yang berlaku bukan gimik, tetapi saya juga seperti orang biasa yang ada pasang surut dalam rumah tangga,” tulisnya.

Aliff berkata, berpisah dengan keluarga bukan perkara mudah dilalui, tetapi dia bersyukur kerana ia menjadikan dirinya lebih matang dan menghargai orang. “Jujurnya bukan mudah dilalui, tetapi Alhamdulillah, Allah SWT dan keluarga menjadi keutamaan saya. Saya ingin menjadi Aliff Syukri yang baru, lebih matang dan menghargai semua orang terutama isteri, anak-anak, ibu dan keluarga. “Saya sedar keluarga adalah segala-galanya. Ramadan ini memberi erti besar pada saya. Doakan saya dan keluarga dapat bahagia semula,” tulisnya.

Sementara itu, usaha menghubungi Aliff untuk mendapatkan penjelasan lanjut menemui jalan buntu apabila telefon bimbitnya ditutup. Pada April lalu, kemelut rumah tangga Aliff dan Nur Shahida menjadi bualan hangat apabila dia dedahkan surat permohonan perpisahan daripada isterinya melalui IG story miliknya. Pada entri itu, Aliff menulis keterangan dalam gambar berbunyi, “Permohonan diluluskan…. Cepatlah masa berlalu supaya jangan banyak lagi benda yang membuatkan saya malu,” tulisnya.

Seakan mengesahkan rumah tangga dilanda badai, Aliff kerap memuat naik status sedih dalam IG. Ia diikuti dengan sikap pasangan suami isteri itu ‘unfollow’ dalam IG. Menguatkan lagi hubungan Aliff dan Nur Shahida umpama telur di hujung tanduk apabila ibu Aliff, Rozita Ibrahim turut ‘unfollow’ Nur Shahida. Difahamkan kes perbicaraan perpisahan Aliff dan Shahida bakal didengar selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007. Mereka dikurniakan enam cahaya mata, Ammar Ahyyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Ameena Aliffsyah, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah.

Rumah tangga goyah, Aliff Syukri jawab spekulasi

Satu demi satu ujian menghimpit usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, sejak akhir-akhir ini. Berhadapan kenyataan melukakan anak angkat, Aliff terus hangat apabila buat kali pertama, ibunya, Rozita Ibrahim membuat teguran secara terbuka di lnstagram (IG) mengenai gelagat anaknya itu. Terbaru, rumah tangga dibina bersama isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid dikatakan goyah. Spekulasi timbul apabila mereka dilihat tidak menjadi pengikut akaun IG masing-masing. Bagai menguatkan lagi desas-desus keretakan rumah tangga, Aliff muncul pula dengan single berjudul, Cuba Bahagia.

Single Cuba Bahagia ciptaan dan lirik dihasilkannya sendiri membayangkan kisah lelaki yang mendambakan kebahagiaan daripada insan disayangi, lebih-lebih lagi ketika berhadapan tekanan hidup. “Hubungan saya dan isteri baik-baik sahaja… Tiada apa-apa berlaku antara kami. “Saya tidak mahu komen persoalan kenapa kami saling tidak ‘follow’ di IG. Apabila bercakap mengenai bahagia, ia sangat subjektif. Tetapi, sudah tentu saya mahukan kebahagiaan bersama keluarga dan anak-anak. “Saya melalui pasang surut dalam kehidupan. Tekanan kerja, bisnes, warganet dan keluarga, ia ibarat pakej lengkap dalam hidup saya. Jujurnya, saya memerlukan orang kuat berada di sisi saya,” katanya.

Tambah Aliff, lagu Cuba Bahagia tiada kaitan dengan krisis rumah tangga atau sesiapa pun. “Kalau boleh, saya tidak mahu menyentuh mengenai keluarga dan isteri kerana mereka turut terbabit dalam lagu ini. “Selebihnya, biarlah saya simpan kerana tak mahu warganet mengatakan saya menagih simpati,” katanya yang memperkenalkan single baharunya pada sidang media di pejabat Wisma D’herbs, Kota Damansara, kelmarin. Penyanyi lagu Bobo Di Mana dan Abang Nak Tegur itu berkata, dia berhadapan tekanan sehingga hampir mengambil langkah di luar kewarasan fikiran. “Saya hampir ingin menamatkan riwayat sendiri akibat terlalu tertekan. “Minggu ini adalah fasa paling sedih dan tertekan bagi saya. Hakikatnya, saya berpura-pura boleh berdiri, tetapi jiwa saya sudah tiada.

“Walau macam manapun, saya teruskan juga. Selama 12 tahun orang memandang rendah sertan lontarkan kata kata negatif, perjalanan hidup saya bukannya mudah. “Orang tidak tahu, mereka tidak berada di tempat saya. Kehidupan sebenar saya bukan seperti yang dipaparkan dalam IG. Warganet hanya melihat perkara yang disogok dalam laman sosial dan media massa sahaja. Mereka tidak tahu apa yang saya lalui,” katanya. Aliff berkata, apa yang warganet lihat hanyalah lima peratus daripada kehidupannya.

“Dalam diri saya tersimpan segunung kepahitan dan derita yang orang tidak nampak. Ketika berada di puncak, orang berlumba-lumba mahu menjatuhkan saya. “Saat itu, saya berhadapan dengan semuanya sendirian,” katanya. Baru-baru ini, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dikatakan melukakan dan melakukan perkara yang tak baik pada anak angkat berusia dua tahun pada 28 Februari lalu, seperti dilaporkan pembantu rumahnya kepada polis. Aliff kemudian Aliff ditahan, namun dibebaskan dengan jaminan polis. Berikutan itu, Aliff dikritik tanpa henti daripada warganet. “Saya rasa seperti mahu menutup laman sosial,” katanya.