Amira Othman akui dirinya kini terlantar sakit di Hospital. Kini dia tampil jelaskan punca sebenar dia sakit dan tak sangka perkara ini boleh terjadi.

Baru-baru ini, penyanyi Amira Othman memaklumkan dirinya kini terlantar di sebuah pusat perubatan menerusi laman Instagram Story miliknya pada 6 Disember 2020. Menurut penyanyi yang berusia 27 tahun itu, beliau dimasukkan ke hospital kerana terlebih melakukan senaman yang mengakibatkan berlaku sesuatu pada ototnya. Lebih mengerikan lagi, ia turut menjejaskan buah pinggang dan hatinya.

“Moga menjadi pengajaran buat kita semua,” tulisnya Bukan itu sahaja, keadaannya yang ketika ini terlantar menyebabkan penyanyi yang popular menerusi lagu Hati-Hati itu sukar untuk menunaikan solat. Bagaimanapun, dengan bantuan adiknya Nurin Kamilia yang kelihatan menolong Amira memakaikannya telekung, Amira mampu menunaikan solat ketika sakit.

Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman turut berkongsi satu perbualan dirinya dengan seorang ustaz:-

Apa-apa pun, semoga Amira Othman cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala..

Sumber daripada: Instagram Amira Othman 

Amira Othman Sanggup Tolak Job Nya. Dia Lebih Pentingkan Sesuatu Ini Daripada Job Nya Itu.

Penyanyi dan pelakon Amira Othman memaklumkan bahawa dia memilih untuk menjalani kuarantin kendiri biarpun bukanlah merupakan individu yang disenarai sebagai kontak rapat kepada penyanyi Alif Satar.Bahkan, Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman, 27, berkata, dia juga membuat keputusan untuk membatalkan penglibatannya dalam sebuah penggambaran bersama sebuah syarikat produksi.

“Hari ini (semalam) saya ada penggambaran dengan @globalstationsb sepatutnya, tapi atas kebaikan bersama saya terpaksa lepaskan kerja ni. Walau saya tak ada kontak rapat dengan abang Alif, tapi masih saya rasa bertanggungjawab sebagai orang yang sama-sama kena kuarantin sebab melibatkan orang lain sekiranya apa-apa hal kan,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Menurut Amira, dalam situasi sekarang, apa yang lebih penting adalah kesihatan dan nyawa yang menjadi pertimbangan utamanya. “Duit boleh cari, kesihatan dan nyawa kita ini Allah beri kenalah jaga elok-elok. Jadi, stay safe semuanya! Jangan salam-salam atau peluk-peluk bagi yang perempuan. Tolong jaga diri masing-masing. Minta maaf pada pihak produksi yang terpaksa lewat hari ini sebab tunggu keputusan saya. InsyaAllah semua yang baik-baik. Ada rezeki lain nanti Insya-Allah,” tulisnya.

Terdahulu, Amira turut terlibat dalam sebuah program hiburan yang disiarkan secara langsung pada Sabtu lalu. Bagaimanapun, pelantun lagu Takkan Merubah itu membuat persembahan pada hari yang berbeza dengan Alif Satar. Di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan yang diambil Amira.

“Ini adalah keputusan yang bagus. Rezeki ada di mana-mana dik.. Allah jaga kita.. Jaga diri adik! Insya-Allah ada rezeki drama selepas ini,” komen sebahagian pengikutnya.

Terdahulu, dalam satu hantaran di Instagram, syarikat pengurusannya, Rocketfuel Entertainment turut memaklumkan kesemua artis naungan mereka lain yang turut terlibat pada program hiburan yang disertai Alif baru-baru ini disahkan negatif selepas membuat ujian saringan.

“Walaupun tidak diharuskan menjalani proses kuarantin, pihak Rocketfuel akan sentiasa memantau perkembangan semasa artis kami,” katanya.Sebelum ini, pada Ahad lalu, Alif Satar disahkan positif selepas menyertai sebuah program hiburan yang disiarkan secara langsung Jumaat lalu.

Hubungan rapat Amira Othman dengan adik-beradik jadi inspirasi, ini rahsianya – “Ibu bapa saya tak bandingkan anak-anak”

Amira Othman tidak pernah merasa iri hati dengan adik-beradik yang lain.HUBUNGAN rapat penyanyi Amira Othman bersama lima adik-beradiknya sering menjadi inspirasi kepada warganet yang ingin mengetahui rahsia mereka dibesarkan. Amira atau nama sebenar Nadia Amira Othman, 27, berkongsi bahawa ibu bapanya tidak pernah sesekali membandingkan kebolehan dan kemahiran anak-anak.

Malah, bapanya sentiasa berpesan setiap seorang dari mereka mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jangan pernah bandingkan anak-anak anda. Ibu bapa saya takkan bandingkan anak-anak mereka.