Amyra Rosli hadiahkan sesuatu buat ibu bapanya sehingga membuatkan warganet tersentuh dengan video yang dikongsikannya menerusi laman sosial Instagram. Ini kisah lanjut

Setiap anak pasti ingin membalas jasa ibu bapa mereka dan ada pelbagai cara yang dapat dilakukan demi membahagiakan orang yang selama ini membesarkan kita. Itulah juga yang cuba dilakukan oleh pelakon jelita, Amyra Rosli terhadap ibu bapanya. Menerusi laman sosial Instagram, Amyra Rosli berkongsikan satu rakaman video yang turut membuatkan warganet tersentuh kerana ia membabitkan tentang ibu bapa sekali gus membuatkan orang ramai juga tumpang gembira dengan caranya mengembirakan mereka.

Ini kerana, Amyra Rosli memberikan hadiah istimewa kepada ibu bapanya dengan membelikan kerusi Ogawa lalu memuat naik momen bahagia tersebut kepada umum. Melalui posting, kelihatan Amyra Rosli cuba memberikan kejutan buat ibu bapanya dengan menutup mata mereka sebelum menunjukkan hadiah itu lalu ini reaksi mereka yang kelihatan jelas terkejut dan gembira.

Melalui video yang dikongsikan Amyra Rosli itu, orang ramai turut memuji sikap baiknya dalam membahagiakan ibu bapa kesayangannya itu dengan cara berkenaan. Dalam pada masa yang sama, perkongsian video tersebut meraih ribuan tontonan disamping merasa terharu dengan momen bahagia selebriti tersebut bersama keluarganya itu selain memberikan lebih 40 ribu tanda suka di posting terbabit. “Sukanya bila anak buat macam ni dekat parent…”. “Seronoknya dapat bahagiakan ibu bapa”

Sekadar selingan, setiap anak wajib taat kepada kedua ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan kita sehingga menjadi manusia berguna. Nabi Muhammad SAW mengingatkan kepada umatnya bahawa keredaan Allah SWT itu terletak kepada keredaan kedua ibu bapa. Begitu juga dengan kemurkaan Allah, bergantung kepada kemurkaan orang tua kita. Sebenarnya, tiada ruang waktu di dalam hati seorang ibu melainkan sentiasa teringatkan serta mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan buat anaknya walaupun mereka sudah dewasa dan berkeluarga.

Sebelum ini, Seperti pelakon dan pengacara, Zoey Rahman, hasratnya untuk menghadiahkan sebuah rumah buat ibu bapanya akhirnya tercapai. Sebagai membalas jasa kedua ibu bapanya, Zoey menghadiahkan sebuah kondominium bernilai kira-kira RM500,000 yang terletak di Cheras. Zoey berkata kejayaan dalam hidupnya kini adalah kerana restu dan doa ibu bapanya.

SUMBER: HCL