Anak kecil terkenal dengan sifatnya yang cepat bosan dan kurang bersabar atau tidak suka untuk menunggu. Ini 5 tips mendidik kanak-kanak belajar untuk bersabar

Tidak semua orang suka menunggu atau dapat menunggu dengan sabar; apatah pula kanak-kanak yang memang kita tahu sifatnya yang tak reti nak duduk diam. Macam manalah mahu ajar anak cara sabar ni? Tetapi, nak tak nak, kita sebagai ibu ayah perlu mengajar anak kita cara sabar dan tabah menunggu. Tak kiralah menunggu apa sekalipun.

Pertama, visualisasi masa. Kalau anda hendak tahu, kanak-kanak mampu membina pemikiran abstrak pada seawal usia 9 tahun. Sebelum itu, fikiran mereka berfungsi dengan cara yang lebih konkrit, yang menjadi sebab mengapa ia sukar bagi mereka untuk membezakan antara 15 dan 45 minit. Untuk mengatasi masalah sukar membayangkan masa itu, anda boleh mencuba untuk menggambarkan masa sebaik mungkin. Cara yang salah: “Kita akan bertolak dalam masa satu jam” atau “Kamu mempunyai 10 minit untuk menyimpan mainan semula kamu.” Cara yang betul: “Ayah akan pulang dari kerja ketika matahari terbenam atau bila hari sudah mula gelap.” Proses menunggu untuk anak kecil tidak akan membosankan jika dia boleh membuat perbandingan seperti “Oh, ia secepat seperti menggosok gigi saya!“Loading…Iklan

Kedua, ajar permainan yang anak-anak boleh bermain sendiri. Terdapat beberapa sebab mengapa bermain bersendirian adalah penting untuk kanak-kanak. Salah satunya adalah mereka dapat melayan diri mereka di mana saja dan bila-bila masa. Imaginasi kanak-kanak tiada sempadannya, dan permainan ini tidak memerlukan sebarang penyediaan atau objek khusus. Jenis permainan yang salah: Permainan dalam smartphones atau tablet menghalang perkembangan imaginasi dan kreativiti (permainan telah ditetapkan oleh perekanya).Jenis permainan yang betul: teka-teki jigsaw, memburu harta karun, mereka cerita dongeng, bermain-main, dan sebagainya.Terdapat beberapa cara untuk mengajar kanak-kanak bermain secara bebas, dan hasilnya sangat berbaloi jika anda bersabar.

Ketiga, permainan di tempat awam. Kanak-kanak memang cepat berasa bosan ketika menunggu bas atau menunggu ibunya pulang dari kedai. Ada beberapa cara terbaik untuk mengalihkan perhatian mereka. Permainan: Main games mencari/mengira pada objek di kawasan sekeliling (warna, bentuk, huruf pertama nama). Sebagai contoh, anda boleh bermain mengira kereta berwarna merah yang lalu di jalan semasa menunggu di perhentian bas atau mencari perkataan pada signboard jalan semasa di dalam kereta. Menarik, bukan?

Keempat, cara mudah untuk tidak menggangu orang dewasa. Cara: Apabila anak anda ingin menyampuk ketika anda sedang bersembang dengan orang lain, mereka harus meletakkan tangan mereka pada lengan atau bahu anda. Jika anda menyentuh semula tangan mereka sebagai tindak balas, ia bermakna bahawa hajatnya untuk menyampuk itu telah “didengari” dan akan dilayan secepat mungkin. Mengapa ia berkesan: Ia menunjukkan kita hormat keinginan si kecil itu dan tidak mengabaikannya, walaupun kita tengah sibuk bersembang pada ketika itu.

Kelima, menunggu peristiwa harijadi, hari raya dan krismas. Kadang-kadang, anak kecil juga tidak sabar untuk menunggu tibanya hari penting dalam hidup mereka. Dia tidak sabar mahu menerima hadiah atau makan kek ketika hari jadinya. Atau, dia tidak sabar mahu bermain bunga api ketika hari raya. Penat kita terangkan padanya tetapi dia masih tetap tidak sabar! Bagaimana untuk membantu: Tunjukkan pada si kecil anda tarikh peristiwa tersebut dalam kalendar. Ini supaya dia dapat membayangkan jarak hari tersebut. Setiap hari, tandakan tarikh yang dilalui dan berikannya tugas kecil yang kreatif untuk dilakukannya. Lambat laun, hari yang dinantinya akan tiba juga!

Sumber : Michelle Goh