Anak tidak gembira dengan pilihan Mak ayah boleh beremosi

Anak-anak yang tengah membesar, perangainya cukup mencabar kewibawan mak ayah setiap peringkat umur anak ada peel masing-masing dan kita sebagai mak ayah sanggup apa sahaja untuk menjaga hati anak agar mereka tidak ‘buat hal’ yang boleh membuatkan kita lagi beremosi. senang cerita, ‘tak kisah, asalkan anak suka’. Dalam menjaga hati anak, tidaklah bermaksud mengikut apa saja kemahuan mereka. jangan sampai mereka ‘naik lemak’ pula.

Ada setengah mak ayah merasakan dengan memberi pilihan sebagai salah satu cara terbaik. sekurang-kurang apa yang mak ayah minta atau suruh dilakukan dengan cepat. Contoh yang boleh katakan adalah dengan memberi kata dua, jika anak inginkan sesuatu. Kadang-kadang, apa yang kita bagi pilihan itu tidak kena dengan ‘selera’ mereka sampaikan anak mula mengamuk. Ada jugak mak ayah yang memaksa dengan memberi pilihan muktamad.

Akhirnya, mak ayah sendiri yang mula ‘naik angin’. Tidak dinafikan ibu bapa juga manusia yang tidak sempurna, dalam keadaan stress dan alpa, Mak ayah marah dengan teruk dan penuh emosi. Sesungguhnya keadaan ini akan memberi kesan negatif kepada perkembangan emosi anak-anak. Mereka menjadi kurang yakin, berasa tidak disayangi dan lebih buruk lagi simpan satu perasaan dengan mak ayah. Padahal tujuan utama mak ayah adalah untuk mendidik, namun penerimaan anak-anak adalah sebaliknya.

Oleh itu, mak ayah perlu elakkan diri marah dengan emosi, dalam keadaan tidak tenteram jauhkan diri dari anak. Cuba ambil sedikit masa sebaiknya. Sedikit perkongsian daripada Ustaz Firdaus Mokhtar mengenai pendidikan anak-anak termasuklah elakkan marah dengan emosi. Menurut beliau, antara sebab anak menjauh ialah sikap kita yang suka marah anak dengan emosi iaitu menggunakan kata-kata dan perbuatan yang penuh dengan emosi yang mana akan mendorong kita menghukum anak dengan emosi. Tegasnya ‘Ini bahaya’, sesuatu yang dipenuhi dengan emosi akan menyebabkan anak-anak terasa hati.

Tambah beliau, apabila mak ayah tidak tenteram jauhkan diri terlebih dahulu daripada anak-anak. Bukan untuk anak-anak sahaja, kita kalau kena marah dengan kata-kata yang penuh emosi, turut sama akan menjauh hati. Keadaan yang sepatutnya menjadi hukuman yang ada didikan ke atas anak-anak menjadi sebaliknya. paling ditakuti, emosi keterlaluan membawa kepada suatu tindakan yang tidak wajar. Ingat semua, anak-anak adalah amanah kepada kita. Tak semua yang dah berkahwin dapat rezeki ada zuriat.

Sumber: Mingguanwanita