Angkara drama Takdir Kita Hun Haqeem nekad lakukan sesuatu pada rambutnya hingga penampilannya terkini dipersoal ramai. Dia buka mulut cerita perihal sebenar pada peminat buat mereka tak senang duduk

“Menggunting rambut menjadi antara keperluan bagi aktor menghidupkan karakter. Untuk watak Luqman dalam drama Takdir Kita, saya tidak kisah memotong rambut menjadi pendek,” katanya kepada BH Online. Hun percaya pelakon perlu memastikan tubuh sihat dan cergas setiap masa. “Sekalipun sibuk berlakon, saya kena mengutamakan stamina. Lagipun, saya aktif dan suka bersukan. Sebagai pelakon, kita kena pastikan tubuh atau fizikal dalam keadaan baik. “Semua pelakon mesti nampak okay dalam skrin. Tapi bukanlah bermaksud kalau mahu menjadi hero, kita kena kurus atau sado kerana ia bergantung kepada soal pilihan,” katanya yang popular dengan watak Jekfer dalam drama Kampung People.

Hun yang gemar bersenam di gimnasium dan bermain futsal berkata, dia mengutamakan hidup sihat dan melakukannya tanpa tekanan atau paksaan. Selepas menempa nama dalam drama Kampung People, Hun menjadi rebutan pengarah dan ditawarkan berlakon dalam drama Dayang Senandung selain musim kedua Kampung People. “Saya teruja kembali ke lokasi musim kedua Kampung People. Perasaan bercampur baur dan soal keletihan tidak difikirkan lagi. Saya hanya mahu memberikan yang terbaik dalam setiap kerja diamanahkan.

“Sebelum itu, saya dapat berlakon dalam drama Dayang Senandung terbitan Zeel Production. Saya seronok dan bangga dapat menjadi sebahagian daripada keluarga drama itu. “Apatah lagi, drama itu mengangkat cerita rakyat yang penuh dengan mesej berharga,” katanya.-Berita Harian

Hun Haqeem bakal hero pelapis

Hampir dua tahun bergelar pelakon, tuah Hun Haqeem untuk diberi peranan watak hero semakin menampakkan hasil. Sejak penangan drama Kampung People dan dikenali menerusi watak Jekfer, Hun bertuah apabila diberi peluang muncul dalam beberapa naskhah yang menjadi kesukaan penonton drama. Kerjaya lakonan Hun semakin mewangi dan disebut antara bintang baru yang bakal bersinar dan menjadi hero pelapis, malah perjalanan kerjayanya berjalan lancar tanpa terpalit dengan kontroversi. Bagaimanapun, pemilik nama penuh Haqeem Hermy ini tidak mahu menjadikan kisah kontroversi atau sensasi sebagai titik tolak untuk terus dikenali.

“Ada yang cakap kontroversi perlu ada untuk melonjakkan nama dan populariti. Tetapi, tepuk dada tanya selera. Ia terpulang kepada terjemahan masing masing. “Saya tidak berasa kontroversi membuatkan seseorang lebih popular. Bagi saya, akhirnya saya tetap menggelarkan diri sebagai pelakon. Jadi, saya mahu diterima sebab bakat dan lakonan, bukan kontroversi. “Benar wujud situasi ada pelakon yang dilanda kontroversi ditawarkan banyak tawaran lakonan. Jika boleh, saya nak elakkan cara sebegitu. Kalau ada pun, biarlah kontroversi yang elok. Pokok pangkalnya, saya nak diberikan tawaran kerana kemampuan berlakon,” katanya kepada BH Online.

Namun, kalau namanya pelakon, jejaka itu sudah bersedia dengan apa sahaja kemungkinan saat melangkah dunia glamor. “Apa jadi saya kena berhati-hati. Memang ada kalanya dalam berjaga pun kita mungkin diuji. Saya harap dijauhi kontroversi memalukan. “Keluarga sudah memberikan peringatan. Bagaimanapun, akhirnya berbalik kepada diri sendiri, sejauh mana pandai membawa diri. “Sebab orang lain tak boleh paksa, cuma jika ada perkara terjadi disebabkan diri sendiri, kenalah bertanggungjawab,” katanya. Dalam perkembangan lain, Hun kini membintangi drama Dayang Senandung terbitan Zeel Production bagi tayangan TV Okey. Hun juga bakal menjayakan watak Jekfer dalam drama Kampung People 2, tak lama lagi.-Berita Harian

Masya lamar Hun Haqeem jadi kekasih

Meminati lakonan pelakon kacak, Hun Haqeem, penyanyi tinggi lampai, Masya Masyitah nekad melamarnya. Bagaimanapun, Masya bukannya melamar menjadi kekasih hatinya di alam realiti, sebaliknya bekerjasama dalam video muzik single terbaharu berjudul Hapus. Single keempat bergenre balada itu ciptaan Amybong dan Zimi Sofazr yang akan dilancarkan hari ini.

“Memang saya memilih Hun untuk menjayakan video muzik ini. Tambahan pula, dia salah seorang pelakon lelaki yang saya minati. “Saya mula menyedari bakat lakonan Hun ketika menonton drama Cari Aku Di Syurga. Walaupun Hun hanya berlakon watak pembantu, tetapi dia memiliki aura tersendiri. Sejak itu, saya menyimpan angan mahu menyuntingnya menjadi kekasih dalam video muzik single ini.

“Tanpa diduga, Hun meledak pula dengan watak Jaafar atau Jekfer dalam drama Kampung People. Jadi, saya cadangkan nama Hun kepada syarikat pengurusan, Rocketfuel Entertainment untuk melamarnya sebagai kekasih. Jangan salah anggap, Hun hanya kekasih dalam video muzik ini,” katanya kepada BH Online.

Bekas juara program Ceria Popstar pada 2014 itu berkata, dia bersyukur lamarannya diterima Hun, malah hantaran pun sudah diberikan. “Alhamdulillah, Hun setuju bekerjasama dengan saya. Penggambaran sudah dilakukan pada 26 Jun lalu selama sehari di sekitar Kajang,” katanya. Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff berkata, sepatutnya single Hapus ini dipromosikan lebih awal, namun disebabkan pandemik COVID-19, penggambaran video muzik dan tarikh pelancaran tertunda.

Bercerita mengenai single Hapus, Masya berkata, ia mengisahkan percintaan yang cukup indah. “Bagaimanapun, kepercayaan itu dihancurkan apabila lelaki yang dicintainya menduakan dirinya di depan mata. “Akhirnya, wanita itu mengambil keputusan memutuskan perhubungan, sekali gus menghapuskan segala kenangan berdua,” kata Masya yang kini berniaga kek. Sebelum ini, Masya yang fasih bertutur dan menyanyi dalam bahasa Mandarin pernah muncul dengan single Teman Bintang, Mawar Terbiar dan Halimunan. Menerusi single Hapus, ia menjadi pertaruhan ketiga Masya memilih genre balada. Lagu dan video muzik akan dilancarkan serentak, jam 9 malam ini.