Ardell Aryana sebak apabila perlu pergi tinggalkan keluarga hanya untuk menghantar bantuan di negeri Sabah

Situasi Covid-19 di Sabah semakin meruncing dengan peningkatan kes baharu dan juga kes pemergian semakin mencatat angka yang membimbangkan.

Prihatin dengan nasib penduduk di Sabah, pelakon dan juga usahawan, Ardell Aryana, dikhabarkan akan pergi ke negeri itu bagi menghantar bantuan kemanusiaan.

Ardell pergi Sabah hantar bantuan

Menerusi perkongsian di Instagram suaminya, pelakon Nadzmi Adhwa, memaparkan video saat Ardell mengucapkan selamat tinggal kepada anak dan suami sebelum berangkat ke Sabah.

Di dalam entri Nadzmi, dia memohon doa daripada orang ramai agar isterinya pergi dan pulang dalam keadaan selamat serta dilindungi sepanjang berada di Sabah. “Semoga Allah sentiasa menjaga dan melindungimu di Sabah. Bantulah mereka sepenuh daya mu. Doa saya sentiasa mengiringimu…”

Di ruangan komen, rata-rata pengikut juga turut mengutuskan doa agar Ardell berada dalam keadaan selamat sepanjang menjalankan misi bantuan.

Sumber : Nadzmi Adhwa