Awie dedah keadaan sebenar sepanjang tempoh PKP buat rasa resah hingga beri kesan ini pada dia buat ramai bersimpati akan dirinya. Dia buka mulut takut lihat satu barang ini buat warganet terhibur

Awie berusaha untuk mendapatkan berat badan idea dengan mengamalkan diet makanan seimbang. Gara – gara makan tanpa kawalan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penyanyi rock terkenal Datuk Awie akui takut melihat wajah dan bentuk badannya ketika ini. Mnurut Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 52, berat badannya naik mendadak sehingga hampir mencecah 90 kilogram. Bagaimanapun, vokalis kumpulan Wings ini kembali mengawal permakanannya dan berjaya menurunkan berat badan sebanyak lebih 10 kilogram. Awie jaga pemakanan untuk kembalikan berat badan ideal.

“Masa PKP hari tu, berat badan saya memang naik mendadak. Saya rajin masak dan makan sendiri, itu yang sampai berat naik. Saya sendiri takut nak tengok muka dan badan. “Berat saya ketika itu hampir nak cecah 90 kilogram daripada 70 kilogram. Dengan ketinggian saya sepatutnya berat kena dalam lingkungan 70 hingga 80 sahaja. Saya tak boleh biarkan sebab badan jadi lemah. “Alhamdulillah, saya berjaya turunkan berat dan sekarang sekitar lebih 80 kilogram tapi perlu kurangkan lagi. Saya mula jaga pemakanan… tak makan makanan berminyak,” katanya kepada mStar.

Walaupun konsert diadakan secara live streaming tapi masih boleh enjoy

Awie berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Konsert Wings Kita Merdeka 2020 di JM Bariani House, Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini. Dalam pada itu, Awie memberitahu dia dan ahli kumpulannya tidak mempunyai sebarang kebimbangan menantikan konsert pertama mereka yang diadakan dengan menggunakan teknologi Live Streaming pada 29 Ogos. Kata Awie, biarpun konsert tersebut hanya boleh ditonton menerusi peranti atau di televisyen namun penonton tetap berpeluang untuk menghayatinya dengan baik. “Sekarang ini kami tiada kebimbangan apa pun sebab saya tahu memang orang tak ada. Kalau dulu, kita bimbang kalau orang tak datang (konsert). Yang perlu kami lakukan ialah menjaga kesihatan sahaja. Wings pertama kali akan mengadakan konsert secara maya pada 29 Ogos ini.

“Kalau di rumah dapatkan speaker yang best baru boleh rasa nikmat konsert. Tak perlu risau, boleh buat apa sahaja di rumah, boleh buat macam-macam. Kalau nak cium artis di TV pun… ciumlah. “Walaupun konsert diadakan secara live streaming tapi masih boleh enjoy. Tapi apa-apa pun SOP perlu dipatuhi,” ujarnya. Persembahan dalam durasi lebih dua jam itu bakal menyaksikan kumpulan yang popular menerusi lagu Taman Rashidah Utama dan Sejati itu mendendangkan 15 lagu. .-Mstar

Awie lamar Erra dalam konsert?

Berita Datuk Awie ‘melamar’ bekas tunangnya, Erra Fazira pada Konsert Awie Romantika di Stadium Malawati, Shah Alam, malam tadi, hangat diperkatakan. Tambah mengejutkan, Erra yang masih solo, ‘menerima’ lamaran vokalis kumpulan Wings itu. Lebih menggamatkan penonton, Erra mengizinkan Awie menyarung cincin tanda di jari manisnya. Perlakuan Awie itu mengundang sorakan penonton yang terkejut dengan ‘adegan’ tidak diduga itu. Namun, usah lekas membuat andaian. Babak romantis itu sekadar mengimbau memori lebih dua dekad lalu, ketika pasangan itu mula-mula berpacaran dan mengikat pertunangan.

Awie memberitahu, apa yang dipaparkan dirancang awal dan mendapat persetujuan isteri, Sharifah Ladyana Syed Samsuddin. “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada isteri yang sangat memahami dan memberi keizinan untuk saya paparkan kenangan lalu dalam konsert ini. “Mujur dia beri keizinan, kalau tidak, tak tahulah apalah yang akan terjadi,” katanya sebelum konsert berakhir. Seperti dijanjikan sebelum ini, Awie dan Erra meleraikan tanda tanya mengapa ikatan pertunangan mereka tidak bertahan lama.

Berdasarkan kisah dipaparkan, hubungan Awie dan Erra retak disebabkan rasa cemburu dan sikap orang lain yang cuba porak perandakan hubungan mereka berdua Malah, status rocker terkenal dipegang Awie dan gelaran ratu cantik disandang Erra, membuatkan pasangan ini saling ‘makan hati’. Pada konsert itu, Awie yang terkenal dengan lagu Ditirai besi Janji turut membuat kejutan dengan meraikan hari jadi Erra yang jatuh pada 9 Februari lalu. Dalam konsert lebih dua jam itu, Awie dan Erra menghiburkan lebih 6,000 peminat yang membanjiri stadium. Mereka juga mempersembahkan lagu duet baharu, Cinta Makrifat.-Berita Harian