Ayda Jebat dan Nabil Mahir bakal melangsungkan majlis pernikahan mereka. Dijangka akan mengumumkan tarikh perlangsungan pada malam ini.

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat dijangka akan mengumumkan tarikh bagi melangsungkan pernikahan mereka dengan tunangnya Nabil Mahir pada jam 9 malam ini.

Menerusi laman Instagram miliknya, difahamkan pengumuman tersebut akan dibuat melalui saluran Youtube milik mereka Wuvvshow #BilAydaJatuhCinta episod pertama.

Korang teka bila?

“Insyaallah esok (hari ini) kita announce our special day bila. 1st episode #BilAydaJatuhCinta on Youtube Wuvvshow 9pm. Korang teka bila?,” tulisnya. Menurut Nabil, #BilAydaJatuhCinta akan ditayangkan sebanyak 10 episod istimewa yang memaparkan perjalanan kisah mereka menuju ke hari perkahwinan.

Tarikh pernikahan kami ialah…

Posting itu dipenuhi dengan pelbagai komen daripada para peminat dimana rata-rata cuba meneka tarikh yang mereka bakal disatukan sebagai suami isteri selain tidak sabar menantikan hari bahagia tersebut.

Tahniah!

Bulan ni ke ?

Moga dipermudahkan urusan

Terdahulu, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat mengikat tali pertunangan dengan pengacara itu secara atas talian ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada April lalu.