Azad Jasmin tergamak suruh isterinya lakukan satu perkara ini buat dirinya demi satu akaun ini cetus tanda tanya ramai. Isterinya tampil beri respon di luar jangkaan ini akan permintaan suaminya buat warganet terkedu

Gelagat pelakon Azad Jasmin membuat pengikut di Instagram (IG) terhibur apabila dia merayu kepada isteri, Eira Syazira supaya mengular siar akaun terbarunya. Azad sebelum ini yang menggunakan IG azad syazirarose kini menggunakan akaun baru, pak azad 76 selepas dilakukan dengan perkara yang kurang baik pihak tidak bertanggungjawab. Pelakon yang sering muncul dengan posting lucu di IG itu kemudiannya merakam video dan merayu isterinya supaya kongsikan semula rakaman tersebut. “IG azad syazira rose saya kena amik oleh orang lain..Eira Syazira you suruh followers you follow I, kalau tak I amik IG you dan I jadikan ig you ig I… hmmmmmm,” tulis Azad pada ruangan kapsyen.

Eira Syazira yang mengulang siar hantaran Azad itu pada ruangan kapsyen meminta suaminya membayar rakaman video yang dimuat naik di IGnya. “Bayar la!,” usik Eira disertai emoji ketawa. Menerusi rakaman video tersebut, Azad ‘menangis’ kerana IGnya diambil pihak terbabit sambil mengadu kepada anak-anaknya Ameisya Leanne Rose dan Ariesya Suri Rose mengenai akaun media sosialnya yang diambil orang. “Ameisya, Suri…Akaun saya kena amik orang…Tak pa, tak pa..Alif Lam Lam Ha siapa amik IG saya dia tak akan saya halalkan. “Ini IG baru saya, Eira Syazira isteri saya tercinta tolong repost ya video ni, bagitahu dekat peminat-peminat You yang IG I kena amik orang.

“Semua kenangan-kenangan terindah kita kena amik orang. So suruh peminat-peminat You follow IG I ni, kalau tidak I tak hendak berkawan dengan You Eira Syazira!,” katanya. Video tersebut telah ditonton lebih 33,000 kali di IG Eira. Setakat ini IG baru Azad telah mengumpul 4,989 pengikut dengan 10 posting terbaru sejak dua hari lalu. Azad pada 2018 pernah meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil akaun Instagram (IG) miliknya.-Gempak

Azad Jasmin Pernah Temuduga Jadi Pramugara 13 Kali, Tapi Gagal Sebab …

Pelakon Azad Jasmin dedahkan pernah menghadiri sesi temuduga untuk bergelar pramugara sebanyak 13 kali. Kata Azad, sebanyak lima kali sesi temuduganya ditolak oleh sebuah syarikat penerbangan popular tempatan atas faktor usia. “Saya pernah ke temuduga untuk menjadi pramugara Malaysia Airlines sebanyak 13 kali. “Ketika di Pulau Pinang, kesemua temuduga di tiga buah hotel saya telah pergi namun lima kali saya ditolak ketika fasa pertama. “Alasan mereka kerana saya baru berusia 15 tahun ketika itu, mungkin sebab tak sabar nak pakai baju seragam hijau pramugara,” jelasnya menerusi rakaman video YouTube Zarul Umbrella baru-baru ini.

Tambahnya, ketika menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Azad mencuba nasibnya lagi. “Ketika ditemu bual, saya disoal kenapa saya nak bekerja sebagai pramugara? “Jawapan saya ketika itu kerana saya tinggi dan kacak. Kemudian saya gagal lagi,” ceritanya. Kali terakhir Azad akhirnya lulus dan dipanggil ke ibu pejabat di Kelana Jaya untuk fasa berikutnya. “Sebelum ke temuduga, ibu saya memberikan beberapa surah untuk dihafal berserta nasihatnya.

“Ketika sedang menunggu, saya jadi berkecamuk dan akhirnya saya menolak tawaran tersebut. “Memang menyesal sebab susah nak dapat,” katanya yang pernah beratur panjang di luar hotel demi mendapatkan sesi temuduga pramugara. Kerjaya pramugara menjadi idaman Azad memandangkan kredibiliti dan persona yang ditampilkan kru penerbangan ketika era 1990-an. Dalam video sama, isteri Azad, pelakon Eira Syazira turut berkongsi minatnya untuk menjadi pramugari sejak bangku sekolah. “Namun, minat itu berubah ketika membesar dan saya berpeluang untuk menjadi ‘pramugari’ ketika menjadi pelakon,” tambahnya. Zarul dalam masa sama turut berkongsi pengalamannya menjadi pramugara selama 16 tahun sejak tahun 2000.-Gempak