Azwan Ali sudah mula membuat perangai walaupun program itu belum pun dimulakan lagi

Program cinta terkenal, Lagu Cinta Kita bakal kembali bersiaran pada malam ini untuk musim ke-2. Ramai yang tidak sabar untuk melihat pasangan-pasangan yang ada dan apa yang bakal berlaku. Tetapi, apa yang lebih menjadi perhatian orang ramai, apabila muncul satu video yang melibatkan pengacara program tersebut, Elly Mazlein dan Azwan Ali berbalah ketika sesi pembacaan skrip.

Jadi tanda tanya penat betul lah cerita dia. Belum pun first episode, baru script reading, dah berbalah. Amenda tah. U rasa how japg malam? Patut menyesal ke how? Seperti semua sedia maklum pengacara terkenal, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA merupakan seorang yang lantang bersuara. Apa sahaja yang tidak kena dengan beliau, pasti dimarahinya.

Melalui video berdurasi 0.29 yang di muat naik oleh Takieshiro melalui laman Twitternya, menunjukkan Diva AA meninggikan suaranya kepada penulis skrip ketika sesi pembacaan skrip apabila skrip pasangan hosnya lebih panjang daripadanya. Video yang dirakam secara sembunyi ini juga menunjukkan Diva AA seperti tidak berpuas hati dengan perkara tersebut dan menyatakan dia merupakan ‘senior’ kepada Elly Mazlein.

Ini menimbulkan tanda tanya kepada warganet dan ada yang mempersoalkan tindakan itu sebagai hanya lakonan ataupun betul. Pasti semua mahu mengetahui apa yang bakal berlaku dengan kedua pengacara itu di atas pentas utama LCK2 pada malam ini.

Adakah ‘comeback’ Azwan Ali ini akan mencetuskan drama diprogram tersebut? Apa yang akan berlaku pada Elly Mazlein? Segalanya bakal terjawab pada siaran langsung Lagu Cinta Kita 2 malam ini, jam 9 malam di TV3!