Baju yang baru basuh masih berbau. Cuba tips ni elak masalah berulang.

Ramai daripada kita mesti pernah mengalami masalah baju yang sudah dibasuh tiba-tiba berbau masam walaupun telah dijemur dibawah sinaran matahari. Tuanglah sebotol pewangi pakaian ketika mencuci atau menggosok baju, bau itu tetap ada. Disini terdapat perkongian tips bagi mengatasi masalah baju berbau.

Pertama, elakkan mesin basuh terlebih muatan. Setiap mesin basuh mempunyai had muatan tertentu tapi kerana nak jimat, kita selalu sumbat sehingga penuh kerana tidak mahu membazir elektrik dan penggunaan air. Selain itu, mesin basuh juga perlu dibasuh selalu kerana terdapat banyak bakteria dan kotoran melekat pada diding ruang basuh kain tersebut. Tapi, apabila mesin terlebih muatan ia tidak akan membantu dalam membersihkan pakaian dengan baik. lalu bakteria melekat pada fabrik atau pakaian kita.

Kedua, elakkan pakaian direndam terlalu lama. Merendam pakaian memang bagus bagi menanggalkan kotoran degil pada baju atau seluar. Tapi harus diingat, pakaian yang direndam terlalu lama boleh menyebabkan ia berbau. Ketiga, sentiasa bersihkan mesin basuh yang mempunyai sisa ayau kotoran. Tahukah anda, mesih basuh menyimpan banyak bakteria dan ia mungkin punca pakaian anda berbau. Sepatutnya ia perlu dicuci enam bulan sekali menggunakan serbuk pembersih mesin basuh.

Keempat, basuh secara berasingan baju yang mempunyai peluh. pakaian sukan biasanya basah dengan peluh. Sebaik-baiknya, asingkan dengan pakaian lain kerana ia mampu ‘menyebarkan’ bakteria kepada pakaian lain.

Sumber : Myhomedobi