Bakal pengantin perempuan minta kongsi bajet pelamin jurufoto.. Padahal duit hantaran dah diberi RM 13000. Bakal suami ungkit mana perginya duit hantaran.

Seorang lelaki yang bakal mendirikan rumah tangga buntu dengan sikap tunangnya yang seolah-olah ‘demand’ melebihi kemampuannya. . Perbelanjaan untuk sesebuah majlis perkahwinan tentunya memerlukan belanja yang bukan sedikit. Tambahan pula dengan trend terkini di mana kebanyakan pasangan lebih gemar menggunakan khidmat jurufoto atau juruvideo, katering atau perancang perkahwinan demi menjadikan hari bahagia mereka penuh bermakna. Namun bak kata pepatah, ujur baju di badan sendiri atau dengan kata mudahnya, berbelanjalah mengikut kemampuan masing-masing. Bagi pasangan yang memahami mungkin tidak menjadi masalah, namun tidak bagi lelaki ini apabila bakal isterinya boleh dikatakan agak ‘demand’ sehingga membuatkannya ‘pening kepala’.

Luahan seorang lelaki mengenai situasi yang dialaminya sehingga meminta pandangan netizen.

“Sebenarnya tahun depan aku nak kahwin tapi aku nak buat simple je, jadi aku nak tanya perlu ke tak aku keluarkan duit untuk pelamin (RM3,500 tapi tunang minta share seorang RM1,500). Duit photographer dengan duit kad kahwin pun aku kena bayar separuh juga sedangkan aku dah bagi duit hantaran RM13,000. Lagi satu, majlis cuma buat belah perempuan je. Bukan nak cakap aku berkira tapi aku pun ada hak juga untuk bantah. Sebelum ini pun dia ada minta share buat bilik kat rumah mak ayah dia, seorang RM2,500. Aku setuju je lah sebab aku fikir nanti senang kalau balik rumah dia ada bilik nak tidur. Jadi boleh tak bagi aku pendapat?” demikian pertanyaan lelaki berkenaan. Pertanyaan itu dihantar kepada sebuah akaun Twitter, TwtWedding untuk meminta pendapat pengendali akaun berkenaan dan juga warganet.

“Kalau Lean, semua kelengkapan untuk majlis belah perempuan, biar perempuan yang tanggung, sepatutnya. Tapi jika lelaki nak support sikit, takde masalah tapi jangan sampai bebankan dia. Kalau belah lelaki takde buat majlis. Boleh je nak kongsi, tapi kena sama-sama kira bajet yang available. Lean cakap sekali lagi, jangan sampai membebankan kedua belah pihak. Lepas kahwin nanti lagi banyak nak pakai duit,” demikian pendapat pengendali akaun berkenaan.

Kalau perempuan tu dah berkerja, seeloknya mudahkan urusan lelaki. Yang lelaki tu dah bagi hantaran tinggi, janganlah sampai tambah extra beban dia.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata warganet turut memberikan pandangan yang senada dengan meminta pasangan berkenaan berbelanja mengikut kemampuan. “Kalau perempuan tu dah berkerja, seeloknya mudahkan urusan lelaki. Yang lelaki tu dah bagi hantaran tinggi, janganlah sampai tambah extra beban dia. Perempuan ni janganlah selalu rasa diri tu betul sampai menyusahkan orang lain,” komen seorang warganet.

Antara komen warganet yang menyuarakan pandangan berdasarkan situasi yang dialami lelaki berkenaan.

“Duit hantaran itulah kau nak buat majlis nikah, bukannya pengantin laki dah bagi duit hantaran lepas tu majlis nikah sanding semua duit laki juga kena keluarkan. Takutlah tengok orang zaman sekarang nak kahwin semua benda nampak tak cukup,” komen warganet lain pula. RM13,000 tu banyak kot. Aku dulu RM10,000 je my parent minta. RM6,000 duit sendiri untuk persiapan majlis, RM4,000 lagi buat sewa rumah and beli kelengkapan rumah. Waktu musim Covid ni boleh jimat tau, jangan expect nak buat mahal-mahal,” komen warganet lain pula.