Bantal merupakan item wajib kita gunakan ketika tidur semakin penyek dan nipis. Ini 3 teknik Jadikan Bantal Lebih Empuk

Dalam sebulan, berapa kali anda jemur bantal tidur? Tak pernah?? Jangan ambil mudah, bantal sebenarnya merupakan tempat paling senang bakteria dan kuman membiak. Padahal bantal yang sama juga merupakan item wajib kita gunakan setiap malam, setiap hari. Disebabkan itu, segala penyakit, alergi dan sebagainya selalu punca dari bantal tanpa kita sedari.

Bantal yang putih bersih tidak semestinya benar-benar terhindar dari bakteria. Bakteria bersaiz kecil dan tidak boleh dilihat oleh mata kasar. Bakteria pada bantal biasanya merayap di permukaan bantal dan membiak di dalam bantal terutama bagi bantal yang lembap. Bagaimana bantal boleh menjadi lembap? Boleh jadi kerana pemilik bantal tersebut berpeluh ketika tidur. Bantal yang lembap biasanya berbau hapak dan meninggalkan kesan-kesan kekuningan pada bantal. Bakteria dalam bantal boleh membawa banyak penyakit kepada pemilik bantal terutama yang mengidap alergik.

Jadi, untuk menghindari diri dari terkena dengan pelbagai penyakit, rajinkan diri untuk menjemur bantal di bawah cahaya matahari ketika cuaca panas terik. Elakkan menjemur bantal ketika musim hujan, bimbang bantal akan menjadi bertambah lembap atau rosak sekiranya terkena hujan. Bantal yang empuk jadikan tidur lebih nyenyak. Seharian penat lakukan pelbagai aktiviti, balik rumah pastinya katil dan bantal yang kita cari dulu. Makin lama bantal tu kita guna makin hilang keempukannya. Jadi, ni 3 cara bagaimana nak empukkan semula bantal tu. 

Pertama, teknik bola tenis. Mungkin tak ramai yang basuh bantal kan? Paling kurang hanya menjemur sahaja. Cuba basuh bantal dan keringkan dalam mesin pengering kerana ia boleh mengembalikan keempukan bantal. Caranya adalah masukkan sebiji bola tenis yang diletakkan di dalam sehelai stokin dan ikat stokin dari mengelakkan bola tenis tu terkeluar.

Kedua, teknik sinaran matahari. Tahu tak semua orang mengeluarkan peluh semasa tidur walaupun kita tak rasa peluh tu keluar? Jadi bantal yang lembab menyebabkan ia hilang keempukkan. Jadi jemur di bawah terik matahari supaya matahari menyerap lembapan tersebut. 

Ketiga, teknik menggunakan tangan. Bukan tepuk-tepuk bantal tau. Tapi sebelum tidur, pegang di kedua-dua tepi bantal dan lakukan pergerakan menarik dan menolak semula bahagian tengah bantal. Tumbuk bantal di bahagian sisi tepi. Squeeze bantal untuk pastikan kekabu bantal sentiasa empuk dan rata di setiap penjuru bantal.