Banyak kegunaan yang boleh digunakan pada baking soda. Tapi jangan gunakannya untuk cuci di 5 tempat ini.

Baking soda tidak boleh digunakan pada beberapa benda dan permukaan. Baking soda memang menjadi pilihan ramai sebagai bahan pembersih kotoran pelbagai benda di rumah kerana ia sangat berkesan dan tidak memerlukan kos yang mahal. Bagaimanapun, harus diketahui, bukan semua benda boleh dicuci menggunakan baking soda kerana ia mungkin akan merosakkan perabot atau barang kesayangan anda. Berikut adalah beberapa benda atau permukaan yang tidak boleh dibersihkan menggunakan baking soda.

1. Kaca

Baking soda adalah pembersih yang bersifat abrasif, jadi penggunaannya terhadap kaca akan mencalarkannya. Sebaik-baiknya, guna cuka sebagai ganti untuk membersihkan permukaan berkaca.

2. Aluminium

Tidak salah mencuci barangan yang diperbuat daripada aluminium dengan baking soda tetapi ia perlu dibilas dengan air. Ini kerana, jika dibiarkan tanpa dibilas dengan air, baking soda dapat menyebabkan oksidasi pada aluminium yang menjadikan ia berubah kepada warna cokelat.

3. Perabot kayu

Baking soda sifatnya ‘keras’ untuk membersih perabot kayu dan akan menyebabkan lapisan atasnya rosak. Sebaik-baiknya, guna sahaja sabun pencuci pinggan yang sudah dilarutkan dengan air.

4. Marmar

Jangan pernah sesekali mencuci lantai marmar dengan baking soda. Ia boleh menyebabkan lantai marmar menjadi kasar serta meninggalkan kesan calar.

5. Lantai kayu

Seperti perabot kayu, bahan ini juga tidak sesuai digunakan untuk membersih lantai kayu. Ini kerana baking soda akan meresap dalam lantai dan akan menyebabkan kerosakan pada masa jangka panjang. Selain merekah, lantai kayu boleh tercabut atau mengelembung hasil tindak balas dengan baking soda.

Arang, kulit limau antara bahan ‘power’ bantu hilangkan bau sampah dalam rumah

Terdapat pelbagai cara boleh digunakan untuk menghilangkan bau tong sompah. Meskipun sudah mencuci dengan sabun secara kerap, namun tong sampah masih berbau busuk disebabkan ia sering digunakan. Sampah akan mengeluarkan bau busuk terutamanya jika dibiarkan selama semalaman atau beberapa hari dan baunya boleh membuatkan seluruh rumah berbau kurang menyenangkan. Jangan bimbang, ada lima bahan yang boleh anda gunakan untuk mengurangkan bau sampah.

1. Baking soda

Baking soda merupakan bahan cukup baik untuk mencegah bau. Hanya taburkan sedikit serbuk itu ke bahagian bawah tong sampah sebelum memasukkan plastik sampah di atasnya. Serbuk itu akan membantu menyerap semua bau kurang enak yang disebabkan oleh sampah.

2. Tisu basah

Tisu basah juga boleh menyerap bau busuk sampah. Anda hanya perlu melapik tisu basah ke dasar tong atau bakul sebelum meletakkan plastik sampah. Tukar tisu basah yang baharu setiap kali anda membuang sampah.

3. Vanila

Titiskan cecair vanila ke dasar tong sampah atau tuangkan ke atas tisu sebelum dimasukkan ke dalam tong. Biarkan ia semalaman. Bau busuk akan diserap oleh vanila. Taburkan vanila ke dalam dasar sampah atau gunakan kapas sebagai medianya lalu diamkan selama semalaman dengan keadaan tempat sampah tertutup. Bau tak sedap akan diresap oleh vanila.

4. Arang

Arang terbukti dapat menyaring pelbagai bau termasuk bau tempat sampah. Hancurkan sedikit arang dan letakkan serpihannya sebelum ia dibiarkan semalaman agar bau busuk diserap arang.

5. Kulit limau

Kulit buah limau seperti lemon, limau nipis atau oren dapat mengurangkan bau busuk di tempat sampah. Untuk menggunakannya, anda hanya perlu meletakkan kulit tersebut ke dalam tong.