Banyak perkara norma baharu yang perlu kita amalkan masa kini. Ini 4 benda yang biasa buat kita sebelum pandemik tapi jadi pelik pula masa sekarang ni.

Sejak Covid-19 menular, kehidupan kita dah tak sama macam dulu. Kehidupan seharian pun kena ikut norma baharu, macam bila keluar rumah mesti kena pakai pelitup muka. Tapi nama pun benda baru, kita mestilah ambil masa nak sesuaikan diri kan? Sebab tu, ada benda-benda yang biasa kita buat sebelum ni, sekarang ni rasa macam awkward pula bila nak buat. Contohnya…

Benda Ni Kita Biasa Buat Dekat ’Public Tapi Lepas Covid-19 Jadi ‘Awkward’ Pula

1. Bersin atau batuk dekat public

Ha ni paling highlight of the year! Sebelum ni bila kita rasa nak batuk atau bersin tak adalah nak pandang kiri kanan sangat kan? Tapi sekarang ni, kalau rasa nak terbersin memang sedaya upaya lah cuba nak tahan. Masalahnya, bukan senang nak tahan bersin atau batuk ni tapi bila dah cuba terlepas jugak, bolehlah nampak orang keliling pandang kita macam nak telan orang! Hahahaha  Padahal bukan sebab sakit ke apa kan? Kadang-kadang tu sebab habuk je. Tapi nak buat macam mana? Tebal muka dan redha je lah…

2. Makan atau minum sambil jalan

Macam yang korang semua tahu, sekarang ni bila keluar rumah memang wajib pakai mask. Kalau tak pakai, get ready je lah nak kena bayar denda RM1,000. Sebelum ni, bila jalan-jalan dekat mall kadang-kadang terasa pula nak beli aiskrim, tapi lepas dah beli, barulah teringat pakai mask, kalau tak makan nanti aiskrim cair membazir je. Terpaksalah buka mask sekejap tapi sepanjang makan aiskrim sambil jalan tu, memang rasa insecure je. Haih stress!

3. Nak salam ke…

Antara norma baharu yang sepatutnya kita ikut adalah elakkan bersentuhan dengan orang dan amalkan penjarakan selamat. Tapi, bila dekat tengah jalan bertembung pula dengan kawan lama atau saudara-mara… Alamak terus jadi krik-krik. Mana taknya, selalu kalau jumpa bukan main terkinja-kinja berpeluk sakan tapi sekarang ni bila jumpa tu fikir jap, patut ke nak salam atau peluk ni? Agak-agak kalau letak tangan dekat dada je dia ambil hati tak? Haa sudah!!!

4. Berhimpit dekat tempat sesak

Kalau ikut kebiasaan, bila pergi atau balik kerja naik pengangkutan awam, berhimpit macam sardin tu bukanlah sesuatu yang luar biasa… Tapi sekarang, kalau dekat tempat sesak, kita sedaya upaya jugalah tak nak tersentuh dengan orang dan nak kekalkan jarak selamat tu tapi kalau dah tak boleh, nak buat macam mana? Doa je lah dalam hati orang kat sebelah menyebelah kita ni okay. Betul tak?

Walaupun semua benda ni ambil masa untuk biasakan diri, dengan peningkatan kes yang berlaku dekat Malaysia ni, kita perlulah utamakan keselamatan dan kebersihan diri serta persekitaran. Paling penting, bila tak ada urusan penting tu kenalah duduk dekat rumah. Tapi, kalau korang ada urusan penting dan terpaksa keluar rumah juga, admin cadangkan korang ambil Grab, sebab…

GrabProtect pastikan perjalanan korang lebih selamat & lebih bersih!

Kalau korang nak tahu, GrabProtect adalah inisiatif Grab untuk pastikan keselamatan pengguna terjamin dengan mengamalkan 6 langkah penting ini…

1. Penumpang dan pemandu perlu memakai mask setiap masa. GrabChat mesej akan dihantar sebagai reminder. 2. Sebelum korang book Grab, akan ada borang pengisytiharaan kesihatan untuk penumpang dan juga untuk pemandu tau! Macam kat bawah ni…

3. Korang perlu sentiasa bersihkan tangan dengan cecair pembasmi kuman dan pemandu dinasihati untuk sentiasa membersihkan kereta dengan semburan pembasmi kuman selepas setiap perjalanan untuk memastikan ianya lebih bersih dan lebih selamat.

4. Kalau korang nak pastikan Grab yang korang naiki lengkap dengan kit kebersihan, korang boleh book GrabCar Plus yang dilengkapi dengan semburan pembasmi kuman dari Cif dan cecair pembasmi kuman jenama Lifebuoy.

5. Jika perlu, korang boleh turunkan tingkap bagi mendapatkan lebih pengudaraan.

6. Terakhir sekali, pastikan korang pilih untuk go cashless bagi minimakan sentuhan dengan pemandu. Dengan memenuhi semua langkah-langkah ni, Grab memang ambil serius untuk memastikan perjalanan penumpang dan pemandu lebih selamat dan lebih bersih semasa pandemik ni. So lepas ni bila korang nak pergi mana-mana korang dah tak payah risau, ambil je Grab! Tapi ingat, keluar bila perlu je tau?