Barang kemas bukannya sesuatu barang yang murah apalagi jika si dia yang hadiahkan. Hanya Menggunakan 5 bahan di rumah Kilatkan Kembali Barang Kemas.

Anda mesti sayang dengan barang kemas anda kan? Yela, barang kemas bukannya sesuatu barang yang murah, lagi-lagi bila si dia yang hadiahkan. Mesti anda akan memakainya ke mana sahaja anda pergi. Tetapi, apabila sudah dipakai setiap hari pasti akan kelihatan pudar dan kurang berkilat. Mesti hilang seri barang kemas tu kan?  Jangan risau, anda boleh try bersihkan barang kemas tersebut hanya menggunakan bahan masakan saja! Mesti kembali berkilat seperti baru beli.

Pertama, air asam jawa. Anda hanya perlu campurkan sedikit jus limau ke dalam air asam jawa. Kemudian, rendamkan semalaman barang-barang kemas ke dalam campuran tersebut. Keesokan hari, anda hanya perlu bilas dan lap barang kemas dengan kain bersih.Asam jawa juga berkesan untuk mengilatka barang kemas anda tau! Yang pasti bahan ini pasti ada di dapur anda. Caranya, ambil sedikit asam jawa dan bancuh menggunakan air. Bancuhan ini jangan terlalu cair ya. Rendamkan barang perhiasan anda selama 30 minit, kemudian jangan lupa sental menggunakan berus gigi lembut untuk cuci lebih dalam. 

kedua, teh cina. Sama juga seperti cara yang pertama iaitu menggunakan teknik rendaman. Anda perlu merendamkan barang kemas ke dalam air teh cina. Biarkan semalaman dan bilas dengan menggunakan air bersih. Lap dengan perlahan menggunakan kain.

Ketiga, asam keping. Teknik ini pula anda perlu menyediakan bekas yang berisi air suam dan tambahkan beberapa keping asam gelugur atau asam keping. Kemudian, rendamkan barang kemas tersebut selama 5-6 jam. Bilas dan lap seperti biasa.

keempat, ubat gigi.Teknik ini paling mudah tetapi memerlukan tenaga anda untuk menggosok pulak! Caranya dengan merendam terlebih dahulu barang kemas ke dalam air suam selama sejam; kemudian ambil berus gigi yang lama dan letakkan sedikit ubat gigi. Gosok permukaan barang kemas tersebut bagi menanggalkan kekotoran. Bilas dan lap dengan kain bersih. Cara ini sangat mudah dan paling banyak orang guna untuk mencuci emas mereka. Caranya, didihkan air di dalam periuk di atas dapur, titiskan sedikit pencuci tangan berserta barang kemas anda. Setelah 15 minit, keluarkan, letak sedikit ubat gigi dan sental menggunakan berus gigi supaya dapat mencuci di bahagian kecil yang susah dicapai. 

kelima, limau nipis. Petua seterusnya adalah dengan menggunakan limau nipis bagi mengilatkan barang kemas anda supaya nampak seperti emas yang baru sahaja dibeli. Caranya sangat mudah, di dalam mangkuk, perahkan limau nipis, kemudian titiskan sedikit sabun pencuci. Rendamkan barang perhiasan anda selama 30 minit, kemudian sental menggunakan berus gigi halus, bilas dan keringkan. 

Mudah kan? So, pada anda yang tengah memasak pun boleh mencuba tips ni, tak payah lagi pergi kedai emas untuk mencuci barang kemas. Anda sendiri boleh lakukan! 

Sumber: Nota wanita