Baru baru ini nama anak Hafidz Roshdi menjadi bualan hangat warganet. Rupa rupanya ini sebab kenapa dia pilih nama anaknya begitu.

Pelakon Hafidz Roshdi memilih nama Umar untuk anak keduanya yang dilahirkan pada 9 September lalu. Hafidz menerusi entri akaun Instagram (IG)nya sebentar tadi juga memberitahu maksud nama anak lelakinya itu. “Alhamdulillah, Umar bin Muhammad Hafidz. Umar nama sahabat Nabi Muhammad S.A.W, maksud yang memakmurkan,” coretnya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memuji nama anak aktor tersebut. “Alhamdulillah tahniah, semoga menjadi anak yang berjaya dunia akhirat,” komen @nadzrilfisol. “Alhamdulillah simple nama dan ada maksud. Tahniah Hafidz dan isteri,” puji @ainaabeau.ieja Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada Mat Shukri pada 30 April 2016. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini juga dikurniakan anak pertama, Humairah pada 9 September 2017. Terdahulu, Hafidz yang berkahwin pada usia muda tidak melihat ia sebagai halangan dalam mengurus dan menjalankan tanggungjawab sebagai suami. “Inilah yang dikatakan jodoh. Siapa saya untuk menolak takdir yang sudah ditetapkan Allah SWT. Lagipun, sudah tiba masanya saya berkahwin selepas hampir lima tahun berkawan.

SUMBER: GEMPAK

“Lengkap Sepasang, Allah Sebaik-Baik Perancang”, – Isteri Selamat Bersalin, Hafidz Roshdi Timang Anak Kedua

Sebelum ini, pelakon Hafidz Roshdi hari ini berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata kedua awal pagi tadi. Menurut Hafidz dia bersyukur kerana telah dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan. “Alhamdulillah sama date, sama baju. Little beast is here. “Sepasang Boy & girl. Allah is the best planner,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas peserta Hero Remaja 2011/12 itu menerusi akaun Instagram miliknya. Dalam pada itu, Hafidz turut memberi tahu, bahawa baju yang dipakainya pada hari ini adalah baju yang sama sewaktu dia menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya itu Melihat diruangan komen, rata-rata warganet menitipkan ucapan tahniah selain turut meluahkan rasa syukur terhadap perancangan Allah itu. Untuk rekod, Hafidz telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Nurul Shuhada Mat Shukri pada tanggal 30 April 2016. Pasangan itu turut mempunyai seorang lagi cahaya mata bernama Humaira yang kini baru berusia 3 tahun.

Sumber: Media Hiburan