Baru nak amik gambar bersama sekali lain pula yang jadi. Pu Amin kongsikan kepada warganet apabila gambar yang dimuatnaik itu seakan serupa dengan seorang artis terkenal ini.

Ini bukan kali pertama rakan selebriti atau meminat memuat naik gambar yang hampir serupa dengan pelakon, penyanyi, pelawak dan pengacara Zizan Razak. Terbaru PU Amin secara berseloroh memuat naik gambar yang hampir serupa, biarpun dia tidak menyebut siapa nama pelakon yang dimaksudkannya. “betul betul ingatkan dia, baru nak amek gambo sama sama. Boleh tunjuk kat orang kampung kita amek gambo dengan dia.

“Ingat dia tengah shooting filem baru dia tu. Tak ada rezeki lagi agak nya nak selfie dengan dia,” seloroh PU Amin di Instagram miliknya itu. Malah ramai peminat yang tinggalkan komen seolah-olah tahu siapa yang dimaksudkan oleh PU Amin dan menyebut nama Zizan sebagai pelakon filem yang ditulis oleh PU Amin. Zizan sendiri pernah berkongsi gambar seorang tukang gunting rambut yang mempunyai wajah yang hampir serupa dengan dirinya.

Sumber: Gempak

Kini warganet kenankan Zizan Razak dengan seorang perempuan ini yang dikongsikan di laman sosialnya baru baru ini. Ini respon Zizan dengan komen warganet.

Nama Zizan Razak sememangnya cukup sinonim dengan lawak jenaka darinya. Seorang yang cukup ceria tidak kira di sosial media atau di luar, gelagat Zizan Razak sering sahaja meraih perhatian ramai. Apatah lagi sering berkongsikan video atau foto dengan kapsyen yang mampu membuatkan ramai tertawa dengan lawak jenakanya itu. Terbaru satu foto yang dikongsikan oleh Zizan Razak menerusi laman Instagram miliknya sekali lagi telah membuatkan ramai tertawa dengannya.

Perkongsiannya itu memaparkan seorang gadis bergambar sedondon dengan baju Zizan Razak. Walaupun baju yang dipakai Zizan Razak adalah kemeja dan si gadis tersebut berbaju kurung, namun corak pakaian kedua-duanya serupa habis! Biarpun Zizan Razak yang memakai kemeja bercorak bunga itu di dalam televisyen, namun gadis tersebut sempat merakamkan foto bersamanya. Berikut adalah perkongsian gadis bergambar sedondon dengan baju Zizan Razak. Macam mana agaknya boleh tersama pula baju mereka ini ya? Foto yang dimuat naik oleh Zizan Razak itu sendiri telah meraih lebih dua ribu tanda suka sejak dikongsikan kurang dari 30 minit yang lalu. Berikut antara komen oleh warganet di perkongsiannya itu: “Jodoh mungkin”. “Suratan atau kebetulan?”. “Hahahaha Siot ah…Jodoh tuh Zizan Razak”

SUMBER: HCL