Baru sahaja berlangsung majlis perkahwinan adik Neelofa. Kalini Athisha Khan pula bagi hint mengenai hubungannya sehingga menarik perhatian warganet.

Personaliti media sosial yang juga adik kepada Noor Neelofa, Athisha Khan meraih perhatian wargamaya apabila berkongsi foto bersama kekasih hati.  Menerusi laman sosial Twitter, Athisha berkongsi momen-momen istimewa ketika majlis pernikahan abangnya untuk tatapan umum.  “Lepas ni kita pula,” tulis Athisha sebagai kapsyen foto. Memakai pakaian sedondon berwarna biru, Athisha dan buah hati yang dikenali sebagai Wan Amirul Haiqal tampak romantis dan begitu serasi. 

Difahamkan, pasangan sejoli ini sudah sembilan tahun menjalinkan hubungan cinta.  Di ruangan komen, ramai pengikut yang teruja melihat foto tersebut dan mendoakan agar hubungan pasangan ini berkekalan.  “Hok aloh comel do’oh duo ore ni, jange lupa invite I pulok Athisha,” komen seorang wargamaya. “Yeayyy tak sabar. Balkis doakan korang punya relationship sampai kahwin and till jannah,” kata seorang wargamaya. “Cepat cepat tak sabar nak tengok wedding you,” tulis seorang wargamaya. “Korang comel la bersama-sama, so sweet,” puji seorang wargamaya lagi.  Sehingga kini, foto tersebut telah mendapat hampir 7,000 tanda suka daripada warga Twitter. – GEMPAK

Baru baru ini, adik lelaki Neelofa, Mohamed Aqief telah pun selamat bergelar suami kepada permaisuri hatinya, Aina Syahira pada Ahad. Dirai dalam suasana meriah dengan kehadiran tetamu keluarga kedua belah pihak, majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada Hael Husaini. Selain majlis raja sehari yang diperkatakan, kehadiran Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih sinonim dengan sapaan PU Riz turut menarik perhatian wargamaya.

Apa tidaknya, foto serta video yang dirakam oleh para tetamu serta ahli keluarga yang hadir pada majlis berkenaan turut kembali dikongsikan oleh beberapa buah akaun di Instagram yang rata-ratanya teruja dengan hubungan rapat yang terjalin di antara PU Riz bersama famili bekas hos MeleTop itu. Segak mengenakan persalinan Baju Melayu dalam rona senada dengan Neelofa dan ahli keluarganya yang lain, penampilan figura berusia 24 tahun itu nyata meraih tumpuan.

Terdahulu, Neelofa sebelum ini menjelaskan dia dan Riz sudah lama saling mengenali dan pernah beberapa kali bekerjasama dalam program sebelum ini namun tidak mendapat perhatian. Neelofa pada masa sama menyifatkan, lelaki tersebut merupakan seorang pendakwah muda yang bagus, bijak dan mempunyai tarikan tersendiri. Sementara PU Riz dalam satu temubual ketika sesi tayangan perdana filem Ada Apa Dengan Doa baru-baru ini pula menyifatkan, hubungan mereka tidak lebih sebagai rakan sekerja. Riz turut mendedahkan dirinya sudah lama bekerjasama dengan figura asal Kelantan itu sebelum ini.- MediaHiburan