Baru sahaja memuat naik foto berhijab di laman sosial Instagramnya warganet terus banjiri posting Emelda Rosmila. Ini reaksi warganet selepas Emelda Rosmila mengenakan hijab.

Setiap perkongsian selebriti di laman media sosial, sudah pasti menjadi perhatian peminat. Pelakon cantik, Emelda Rosemila misalnya, ada memuat naik beberapa keping foto terkini dirinya yang mengenakan hijab di Instagram. “Grey Power Harinie king of tiktok mekap mel @iamothongdanish18 .Tudung dari @emeldarosekl EasyHijab. Cantikkan?,” tulisnya menerusi salah satu entri.

Bertudung kelabu, foto yang diambil secara selfie itu menyaksikan bintang yang sinonim menerusi drama Manjalara ini mendapat perhatian daripada peminat. Malah, rata-rata peminat memuji penampilan Emelda yang kelihatan ayu memakai hijab. “Cantik…semoga terus bertudung ye kak,” tulis peminat di ruangan komen perkongsian tersebut. Ada memberikan reaksi terhadap komen yang ditinggalkan, isteri kepada pelakon Adlin Aman Ramli mengharapkan peminat sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya. “Amin mudah mudahan,” balas Emelda ringkas. Sekadar informasi, Emelda mendirikan rumah tangga bersama Adlin Aman Ramli pada 22 Mei 2009. Pasangan ini mempunyai seorang anak angkat lelaki bernama Edra Rafael.

Sumber: Media Hiburan

Elak ‘feeling’ bertudung kemudian buka – Emelda Rosmila

KUALA LUMPUR: Foto berhijab dengan kapsyen berbunyi ‘2020 barangkali?’ yang dikongsi di laman sosial pantas mencetus spekulasi Emelda Rosmila bakal bertudung. Mendapat perhatian pengikut termasuk teman artis yang memuji langkahnya berhijab, Emelda, bagaimanapun menjelaskan dia baru pulang daripada mengerjakan umrah bersama keluarga.

Namun, isteri Adlin Aman Ramlie itu mengaku sudah membiasakan diri berhijab dan mahu terus istiqamah. “Saya perlu menjelaskan ada beberapa komitmen kerja yang dipersetujui lebih awal sehingga April depan. Jadi, sukar untuk saya bertudung penuh. “Cuma saya berharap hati ini terus teguh untuk berhijab apabila sudah tidak terikat dengan sebarang kerja dan komitmen lakonan.

“Suami juga menyokong keputusan ini. Saya mula membeli tudung untuk menambah koleksi sedia ada. “Namun, saya tidak mahulah ‘feeling’ bertudung, selepas itu buka. Pulang dari umrah hasrat berhijab cukup menebal. Saya hendak cuba membiasakan diri perlahan-lahan,” katanya kepada BH Online. Awal bulan lalu, Emelda buat kali kedua menunaikan umrah bersama Adlin, anak mereka, Edra Rafael dan ibu.

Bercerita pengalaman berada di Tanah Suci, adik kepada Emylia Rosnaida ini mengaku ibadat dilakukan cukup bermakna dengan kehadiran Edra. “Kali terakhir saya menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah dan Madinah pada 2011. Alhamdulillah, diperkenankan sekali lagi. “Untuk kali kedua ini, lebih bermakna kerana Edra ada bersama. Lebih istimewa, saya bawa Mama sebagai hadiah hari jadinya,” katanya yang popular dengan drama Kekasih Paksa Rela itu.-BHONLINE