Baru sahaja memuat naik gambar bertudung. Zara Zya terus diserbu peminatnya di ruang komen. Namun ada yang mempersoalkan penampilannya itu. Ini jawapan Zara Zya mengenai imej barunya itu.

Kuala Lumpur: Tindakan pelakon, Zara Zya memuat naik gambar bertudung mengundang persoalan ramai terutama dalam kalangan peminat adakah dia sudah bertudung. Malah, menguatkan lagi spekulasi apabila Zara berkongsi video mengenakan tudung ketika berada di sebuah pusat membeli belah. Bagaimanapun, Zara, 35, ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu.

“Maaf, sebab belum masanya lagi untuk keluarkan apa-apa kenyataan,” katanya ringkas. Namun, menerusi sekeping gambar yang dimuat naik, Zara menulis kapsyen seolah-olah dia sudah berhijrah. “Masa lalu biarlah berlalu, sambutlah masa depan yang ceria, dengan memperbaiki diri kita yang sekarang,” katanya. Bahkan, di ruangan komen, kebanyakan rakan selebriti dan pengikutnya di media sosial mengucapkan tahniah kepada Zara di atas perubahan berkenaan.

Dalam masa sana, ramai juga yang mendoakan semoga Zara akan terus istiqomah jika memang dia kini sudah berhijab kerana kelihatan sangat manis demgan tudung dipakai. Apa yang pasti, Zara yang pernah popular dengan drama Love You Mr Arrogant di TV3, kini giat membina empayar perniagaan yang lebih serius diceburinya sejak Ramadan lalu.-Hmetro


Video Zara Zya tampil berhijab terima pujian ramai, “Alhamdulillah cantiknya…”

Sejak kebelakangan ini, Zara Zya mendapat perhatian peminat dan pengikut di laman sosial Instagram peribadinya apabila dia ada memuat naik beberapa posting kepada umum. Posting yang dikongsikan itu juga membuatkan penampilan pelakon berbakat ini mendapat pujian apabila Zara Zya tampil berhijab lalu meraih perhatian orang ramai. Manakala video yang dimuat naik ini juga mendapat banyak tontonan oleh warganet apabila dia tampil mengayakan selendang berwarna biru muda.

Tidak menulis sebarang kapsyen malah hanya meninggalkan emoji namun perkongsian video ini membuatkan orang ramai mendoakan agar selebriti ini pula berhijab. Biarpun begitu, menerusi perkongsian foto terbaharu Zara Zya di Instagram peribadinya ini pula membuatkan orang ramai turut tumpang gembira dengan penampilan dia memakai hijab.

Kapsyennya juga mendapat perhatian kerana ujarnya, “Masa lalu biarlah berlalu, sambutlah masa depan yang ceria, dengan memperbaiki diri kita yang sekarang…” Perkongsiannya itu bagaimanapun disambut baik oleh peminat dan pengikut dimana rata-rata mereka mendoakan yang terbaik buat pelakon berbakat ini. Disamping itu, turut tidak henti-henti warganet memuji penampilan cantiknya itu selain turut tumpang gembira melihat dirinya dan melalui posting tersebut Zara Zya menerima ribuan tanda suka. “Cantiknya Kak Zara, Alhamdulillah”. “Manisnya Zara… bilalah nak jumpa”

Sumber: HCL