Baru sahaja nak melamar pasangannya tapi lain pula yang jadi kepada pasangan ini selepas satu kejadian yang tak diingini berlaku kepada mereka. Ini kisah selanjutnya.

Melamar pasangan yang dicintai menjadi antara budaya yang sering dilakukan oleh orang Barat. Dari bercinta ke satu peringkat hubungan yang lebih mematangkan, pastinya menjadi idaman ramai wanita. Apatah lagi yang melamar itu adalah pasangan mereka yang sangat dicintai. Begitu juga bagi pasangan bercinta dari New York ini. Memilih latar belakang ikonik iaitu Jambatan Brooklyn untuk melamar kekasihnya, Chris Vigo membawa insan yang dicintainya ke situ untuk acara paling bermakna dalam hidup mereka. Namun sebagai manusia, Chris Vigo hanya mampu merancang.

Acara yang dirancangnya itu tidak menjadi apabila ketika dia sedang melamar kekasihnya itu, seorang penunggang basikal jatuh tersembam selepas bertembung dengan salah seorang jurukamera yang diupah oleh Chris. Melihatkan situasi itu, Chris nampaknya tidak pasti mahu membantu penunggang basikal itu atau hanya memegang tangan bakal isterinya. Menurut Chris dia diam bagaikan tiada kata-kata selepas melihat kejadian itu. Video acara lamaran terganggu itu kemudiannya menjadi tular di sosial media. Tidak pasal-pasal acara lamaran terganggu disebabkan insiden tidak diingini ini. Namun menerusi laporan Daily Star, Chris kemudiannya menyambung acara lamaran terganggu itu dan sempat dirakamkan oleh jurukamera yang diupahnya. Berikut antara reaksi yang diberikan di ruangan komen perkongsian video tersebut.

SUMBER: HCL

5 Kepercayaan Dan Budaya Perkahwinan Barat Yang Orang Kita Sibuk Nak Ikut

Masyarakat barat mempunyai kawalan ke atas media dunia, jadi amat mudah untuk mereka menjual pada kita kepercayaan-kepercayaan yang mereka amalkan dalam kehidupan mereka. Satu budaya paling popular yang semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat kita, adalah beberapa kepercayaan dan adat resam berkaitan perkahwinan yang diamalkan mereka.

Apa yang sangat membingungkan, mengapa masyarakat kita yang terkenal dengan keunikan adat perkahwinan kita sendiri melibatkan budaya Melayu, Cina dan India, dilihat sangat selesa mencedok budaya masyarakat barat? Berikut adalah lima adat resam masyarakat barat yang popular di kalangan masyarakat kita, tanpa sebab yang munasabah kenapa orang kita perlu melakukannya. 1. Baling jambangan bunga. 2. Angkat isteri masuk rumah 3. ‘Bachelor/Bachelorette Party’ 4. Pemakaian cincin sebagai tanda ikatan 5. Memakai gaun putih -Iluminasi