Baru sahaja nak melamar teman wanitanya tapi lain pula yang terjadi kepada lelaki itu sehingga kejadian itu telah meraih tumpuan warganet. Ini kisah selanjutnya.

Di samping takut lamaran ditolak, perkara lain yang membuatkan seseorang lelaki itu gementar apabila membuat lamaran adalah jika teman wanita tidak gembira dengan cara lamaran mereka atau rancangan lamaran mereka tidak berjaya. Segelintir lelaki terlalu sibuk memikirkan bagaimana untuk menjadikan lamaran istimewa sehingga sebaliknya yang berlaku.

Itulah juga yang terjadi kepada seorang lelaki ini apabila dia membuat lamaran kepada teman wanitanya dia atas bot. Video yang telah meraih lebih 2 juta tontonan di Tiktok itu menunjukkan seorang lelaki dan wanita berada dalam 2 bot berbeza sementara lelaki berkenaan menghampiri bot wanita itu dari hujung botnya dan mengeluarkan sekotak cincin dari poket seluarnya.

Pada ketika itu dapat kedengaran salah seorang individu yang menyaksikan adegan tersebut berkata lamaran atas bot berkenaan adalah seperti fairy tale. Namun situasi bertukar buruk dengan cepat apabila enjin bot wanita itu tiba-tiba memecut ke hadapan ketika dia menjengah ke hadapan untuk memberikan ciuman pada teman lelakinya. Akibatnya wanita itu terjatuh ke belakang dan tersepak muka teman lelakinya sehingga lelaki tu terjatuh ke dalam air.

Sumber; HCL

5 Kepercayaan Dan Budaya Perkahwinan Barat Yang Orang Kita Sibuk Nak Ikut

Masyarakat barat mempunyai kawalan ke atas media dunia, jadi amat mudah untuk mereka menjual pada kita kepercayaan-kepercayaan yang mereka amalkan dalam kehidupan mereka. Satu budaya paling popular yang semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat kita, adalah beberapa kepercayaan dan adat resam berkaitan perkahwinan yang diamalkan mereka.

Apa yang sangat membingungkan, mengapa masyarakat kita yang terkenal dengan keunikan adat perkahwinan kita sendiri melibatkan budaya Melayu, Cina dan India, dilihat sangat selesa mencedok budaya masyarakat barat? Berikut adalah lima adat resam masyarakat barat yang popular di kalangan masyarakat kita, tanpa sebab yang munasabah kenapa orang kita perlu melakukannya. 1. Baling jambangan bunga. 2. Angkat isteri masuk rumah 3. ‘Bachelor/Bachelorette Party’ 4. Pemakaian cincin sebagai tanda ikatan 5. Memakai gaun putih. Kadang ada sahaja yang mahu mengikut dan dianggap sebagai trend dalam perkahwinan.-Iluminasi