Sedang asyik rakam video tiktok tapi lain pula yang jadi kepada tiga orang lelaki ini sehingga menarik perhatian warganet. Sehingga kini video mereka tular di media sosial.

Tidak dinafikan melakukan video Tiktok bersama rakan-rakan mahupun keluarga pasti adalah perkara yang menyeronokkan apabila mereka turut bersikap sporting. Selain daripada dapat bersuka ria, kita juga boleh menjadikan video tersebut sebagai kenang-kenangan pada suatu hari nanti. Pada beberapa hari yang lalu, tular sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun di Twitter yang dikenali sebagai @pray4lov dimana terdapat tiga orang pemuda yang sedang melakukan Tiktok di sebuah pangsapuri. Menerusi Tweet berkenaan, kawasan tersebut kelihatan seperti baru ditimpa hujan ketika mereka membuat video terbabit.

Namun begitu, lain pula yang jadi apabila salah seorang daripada mereka yang ingin menggunakan kaedah luncur untuk memasuki ke dalam video itu namun akhirnya tersungkur gara-gara lantai licin. Ekoran daripada itu, situasi tersebut telah mencetuskan gelak tawa pemuda-pemuda berkenaan. Kebanyakkan golongan warganet berasa terhibur setelah melihat gelagat mereka menerusi video terbabit di samping terdapat segelintir warganet yang turut memberikan komen yang melucukan.

”Lantai tu buatkan dia menari dengan baik”, kata salah seorang warganet yang meninggalkan komen di laman akaun terbabit. Posting yang berdurasi selama 15 saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 139 ribu tontonan umum menerusi ruangan akaun Twitter berkenaan. “Aku ingatkan dia menari…”. “Tak sekarang ni timing dia…”. ”HAHAHAHAHAHAHA” .

Sumber: HCL

Ini Manfaat Lain TikTok Yang Ramai Tidak Tahu

Ramai orang beranggapan bahawa aplikasi TikTok hanyalah aplikasi untuk penggunanya berhibur. Akan tetapi, menurutnya terdapat manfaat lain yang boleh didapati melalui aplikasi tersebut dari segi pendidikan, bisnes, travel, tip kehidupan, nasihat kewangan dan banyak lagi. Tidak percaya? Oleh itu beliau telah kongsikan beberapa video TikTok yang mengandungi konten bermanfaat yang mungkin akan mengubah perspektif anda pada aplikasi ini. Baca perkongsian beliau di bawah ini. 1. Travel 2. Komunikasi 3. Kemajuan teknologi 4. Kesihatan 5. Pembelajaran 6. Ketahui kelemahan produk jenama terkenal

Rupanya memang terdapat pelbagai konten yang bukan sahaja ‘fun’ tetapi juga boleh menambahkan ilmu pengetahuan kita. Anda hanya perlu ikuti akaun yang menghasilkan konten seperti itu dan TikTok akan berikan feeds yang sama. Selain itu, beliau turut berkongsi ada juga akaun yang cukup ‘power’ menjual produk menggunakan aplikasi TikTok dengan berkunjung ke kilang tembikai, pameran kareta atau lain-lain.

Anda takut terleka melihat konten-konten yang menarik di TikTok? Tidak perlu risau kerana aplikasi tersebut akan memberikan reminder untuk anda berehat seketika. Menurut beliau, pelbagai manfaat yang beliau terima menggunakan aplikasi TikTok ini. Akhir kata, gunakanlah aplikasi ini untuk perbaiki kehidupan anda dan manfaatkan kemudahan yang ada bukan sebaliknya. Tidak dapat disangkal bahawa aplikasi TikTok ini turut hype di Malaysia.

SUMBER: THEVOCKET