Berang dengan segelintir warganet yang selalu bertanyakan bila mahu berumah tangga. Kini Farahdhiya sendiri buka mulut sehingga terkedu warganet dengan jawapannya. Ini penjelasannya.

Penyanyi dan pelakon Farahdhiya tidak terlepas dari soalan bila nak kahwin daripada segelintir warganet. Menurut Farahdhiya, 36, seeloknya individu yang bertanya itu memperkenalkannya dengan seorang lelaki yang berpotensi menggalas tanggungjawab suami dengan baik. “Dari orang sibuk tanya saya bila nak kahwin, baik kenalkan saya dengan lelaki yang baik, boleh?

“Kahwin ni bukan macam nak pilih karipap ye?” tulisnya menerusi sebuah entri di Instagram (IG). Dalam pada itu, pelantun lagu Bertakhta Di Hati turut memohon agar semua orang belajar untuk menghormati privasi orang lain. “Dan tolong belajar untuk hormat privasi orang lain,” tulisnya lagi. Menjengah di ruangan, rata-rata peminat Farahdhiya bersetuju malah turut sama mengalami situasi yang sama.

“@roslimohdtaib: Kan kahwin salah, tak kahwin salah. berpisah salah, anak ramai salah, tak ada anak salah, berpisah anak berapa orang? Laki tak bagi duit ke? Ni antara soalan soalan bawang. “@salenaaziz: Sangat setuju. Jaga hal sendiri saja. “@ctmyhoney54: Aku yang jadi mak ni pun meluat dengan soalan tu. Anak saya ada karier stabil, rumah 2 buah, enjoy life dia kenapa pulak kita nak sibuk pasal kahwin? Nyampah betul. “@jimizul: Ramai orang yang berpendidikan tinggi tapi sayangnya tidak mempunyai kebijaksanaan. Sebab tu benda-benda macamni selalu berlaku,” antara komen-komen yang ada.

Farahdhiya Dedah Punca Lelaki Bujang Takut Dekatinya

Seringkali diajukan tentang soal jodoh yang masih belum ditemui, penyanyi dan pelakon putih gebu, Farahdhiya menjelaskan tanggapan para lelaki teruna yang merasakan dia seorang yang bercitarasa tinggi mungkin menjadi antara punca. ” Ya, itulah antara dilema yang saya hadapi sejak dulu di mana ada di antara mereka ini (lelaki bujang) menganggap saya seorang wanita bercitarasa tinggi sehingga mereka takut untuk dekati saya. Sebaliknya saya ni biasa-biasa saja. Pun begitu ini tidak bermakna saya nak mencari lelaki sebaliknya, tetapi itulah yang berlaku” .

Pemilik nama sebenar Farahdhiya Mohamed Amin yang sudah berganjak ke usia 33 tahun itu turut menegaskan yang dia mahu mengelak dari bertemu jodoh dengan lelaki yang bergelar suami orang. “Siapa yang nak berkongsi suami? Tetapi siapa pula saya untuk menentukannya kerana jodoh itu adalah rahsia Allah. Cuma kalau ditanya secara peribadi pada saya, suami orang… No! duda tu mungkin masih boleh diterima” .

SUMBER: MSTARONLINE