Berang dengan sikap segelintir warganet yang selalu bandingkan dia dengan artis lain. Ini teguran Misha Omar sehingga menjadi bualan hangat warganet.

Penyanyi terkenal, Misha Omar meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir individu peminat yang dilihat tidak sensitif dengan seolah-olah suka melaga-lagakan sesama penyanyi. Menurut Misha, dia tidak mahu menjadi punca kebencian orang lain lebih-lebih lagi dengan perkara yang tidak berkaitan dengan dirinya. “Saya tak nak awak jadi penyebar benih-benih bnci atau pun membuatkan orang lain tak suka dekat saya. Itu pun masalah juga tu.

“Jangan ‘drag’ nama orang yang boleh mencetuskan kemarahan orang lain. Awak suka saya tak bermaksud orang lain pun kena sayang saya juga. “Saya terima, bukan semua orang sayang atau suka kita. Sama ada awak suka atau tidak dengan saya, adakah awak tu sebenarnya suka mencetuskan kebencian yang akhirnya akan berpalit kepada saya. “Sebenarnya saya sedih. Tak payahlah kait-kaitkan video orang lain. Tolonglah jangan jadi toksik,” katanya.

Kenyataan tersebut dikongsikan Misha menerusi sesi IG Live yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna Twitter. Dalam pada itu, penyanyi lagu Tanpa Rela itu turut berpesan kepada para peminatnya supaya mengawal emosi dan tidak berlebih-lebih dalam setiap perkara. “Saya rasa mungkin sesetengah daripada anda suka melihat orang lain bertelingkah. Kalau orang lain suka berbalah, kita jangan turut sekali join.

“Jika anda ingin beri komen tentang artis lain, saya rasa tak perlulah. Sebab dikemudian hari yang terpalit adalah nama penyanyi yang you bangga-banggakan. “Sebenarnya penyanyi yang you bangga-banggakan tu banyak kelemahannya terutamanya saya. “Saya tak nak jadi satu bahan negatif yang buat orang tak suka. Jangan bnci-membnci sesama sendiri. Sebab hidup ni sekejap je,” rayu Misha sebak.

Sementara itu, Misha turut menegaskan dia akan terus menyekat individu-individu tersebut sekiranya perkara ini masih berterusan. “Jangan melaga-lagakan saya sampai satu tahap orang tak suka dengan saya. Padahal mereka tak kenal pun siapa saya. “Sesiapa sahaja yang saya rasa ada vibe macam tu, saya akan ignore anda. Jangan buat saya terheret sama dengan hati anda yang tak bersih. “Saya tak pernah hasut anda untuk bnci orang lain. Jika anda ingin bercakap mengenai saya, jangan babitkan orang lain. “Hargailah artis yang anda minat itu dengan jujur. Tak payah cakap Misha Omar nyanyi lagi bagus daripada Bedah (contoh),” akhirinya.

Sumber: Twitter Adeliaimann, Media Hiburan