Berang dengan situasi yang terjadi ini. Maya Karin buka mulut meluahkan rasa terkilan terhadap kejadian itu. Orang ramai tunjukkan reaksi ini dengan pendapat pelakon itu.

Aktres popular, Maya Karin meluahkan rasa terkilan terhadap tahap kebersihan sungai yang sukari dicapai di negara kita. Menurut Maya yang juga seorang aktivis alam sekitar itu, dia sudah memperjuangkan isu kebersihan sungai sejak dua tahun lalu, namun masih ramai yang bersikap sambil lewa. “Dua tahun sudah saya bantah dan cuba memberi kesedaran tentang sungai bersih dan sihat. “Demi alam dan demi kami sendiri, tapi terlalu ramai yang buat acuh tak acuh,” kongsi Maya di Instagram. Dalam pada itu,

Maya juga menyedari ramai pihak yang tidak selesa dengan gangguan bekalan air di Selangor sejak beberapa hari lalu. Pelakon ini juga mengaitkan punca gangguan bekalan air itu dengan tahap kebersihan sungai di Malaysia. “Bila empat hari Selangor tak ada air disebabkan sungai tercemar, baru semua bising. “Dari mana air kita guna itu datang?” tulisnya lagi.

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan mennyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Amalan menjaga kerbersihan merupakan tuntutan semua agama. Persekitaran yang bersih penting untuk mewujudkan kehidupan yang sihat dan sejahtera.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyediakan bantuan alternatif bagi menangani gangguan bekalan air tidak berjadual, sejak 3 September lalu. Menurut Facebook rasmi Air Selangor, antara bantuan bekalan air alternatif adalah menyediakan bekalan air di 23 pili awam di kawasan yang mempunyai bekalan air. “Air Selangor juga menyediakan 114 lori tangki ke kawasan terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis. “Air Selangor menempatkan 70 tangki statik di Pusat Khidmat Setempat (senarai penuh di laman sesawang, FB dan Instagram Air Selangor). -BH ONLINE. Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Maya seakan bersetuju dengan pendapatnya itu.

SUMBER: GEMPAK