Berang dengan tindakan dua orang lelaki yang melakukan sesuatu memalukan di tempat persemadian baru baru ini. Kini Caprice buka mulut mengenai isu itu. Ini teguran yang diberikan.

Rapper dan usahawan popular, Caprice meluahkan rasa kesal melihat tindakan dua orang lelaki menari dalam tempat persemadian menerusi sebuah video yang tular baru-baru ini. Menurut Caprice, perkara yang sebegitu tidak boleh dibuat sebagai bahan jenaka. “Dua orang menari dalam tempat persemadian, kalau hang nak menari, ada banyak tempat, dekat rumah, gym, dan kelab.

“Tak kisah hang siapa, Tan Sri ke, Datuk, pekerja bank, artis, orang kaya, orang miskin, kereta terakhir kita akan guna bukan Mercedes, bukan BMW, bukan Range Rover bukan Jeep, tetapi kita semua akan guna van jenzh. “Dan rumah terakhir kita akan duduk bukan banglo, bukan kondo tetapi tempat bersemadi nanti. “Tak kisah hang siapa, tapi kita semua akan duduk dalam tanah, perkara sebegitu jangan buat main,” katanya dalam sebuah video di Instagram.

Dalam video yang tular itu, dua orang lelaki kelihatan menari dalam sebuah lubang seakan-akan tempat persemadian yang baru sahaja digali. Perkongsian Caprice itu semestinya mendapat perhatian dari warganet, rata-rata mereka turut berasa kesal melihat kejadian tersebut. Walaubagaimanapun, ada juga yang meragui sama ada video tular itu dirakam di Malaysia ataupun di negara jiran.

SUMBER: GEMPAK

Caprice yakin MK K-Clique akan dapat ‘hidayah’ suatu hari nanti

Terdahulu,penyanyi rap Caprice berkata, seseorang itu tidak perlu menunggu perubahan menjadi alim sebelum membuka pintu hati untuk melakukan kebaikan. Kata Caprice, kelaziman seperti itu harus dihindari oleh mana-mana penganut Islam kerana ia tidak membawa sebarang kebaikan pada orang yang melakukannya. “Kita tak perlu tunggu jadi baik baru nak buat perkara baik. Jangan galakkan perkara macam ni. Budaya tu kena hentikan sebab ia tak membawa sebarang kebaikan,” katanya ketika ditemui pada sidang pengumuman Nusa Fest di Bangsa, Kuala Lumpur semalam. Pemilik nama sebenar Ariz Ramli itu berkata demikian ketika diminta mengulas klip video di Instagramnya pada 23 Jan lalu yang memaparkan penjelasan MK dari kumpulan K-Clique berkaitan isu memakai perhiasan emas.

SUMBER: MALAYSIAKINI