Berkat bulan Muharram Mawar Rashid lakukan perubahan besar ini pada dirinya dapat galakan daripada rakan artis serta peminat. Dia respon sesuatu ini buat ramai terkesan dengan pengakuannya yang ini

Pelakon Mawar Rashid mengumumkan telah berhijrah bersempena hari Jumaat, 2 Muharram (semalam). Mawar meminta agar semua mendoakannya untuk terus istiqamah dengan penghijrahannya “Muharram 2, 1442. Mawar telah berhijrah. “Salam Jumaat semua.. Doakan Mawar sentiasa istiqamah untuk selalu mendapat keredaan Allah SWT. Aamin,” katanya. Mawar mengumumkan perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya lewat malam semalam. Menerusi entri terbabit, Mawar memuat naik fotonya berhijab penuh. Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya serta rakan artis yang rata-rata menyambut baik penghijrahannya. Malah ramai juga turut mendoakan agar Mawar terus istiqamah.


“Alhamdulilah, makin berseri-seri Mawar. “Cantik sangat, semoga istiqamah. “Amin, semoga dipermudahkan,” komen beberapa pengikutnya. Meninjau IG Mawar, pelakon itu sudah mula bertudung sejak beberapa bulan lalu dan sudah pun memadamkan fotonya tidak berhijab.Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dengan kehadiran Rafael pada 13 Mac lepas. Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.- Gempak

“Tapi Senang & Bahagia Itu Tak Lama…”- Mawar Rashid Dedah Kemewahan Diambil Ketika Kecil…

Pelakon Mawar Rashid dedahkan keluarganya pernah hidup mewah dan memiliki empayar perniagaan sewaktu dia masih kecil. Namun kesenangan itu hanya sementara apabila ibunya berpisah dengan bapanya dan mereka hidup berdikari sendiri. “Mawar tak pernah cerita kisah ni sebenarnya, meskipun pahit tapi nak cerita juga, sebab ianya bagi kesan besar sungguh pada Mawar sehingga hari ini. Dan sebab itu, Mawar sungguh-sungguh nak buat perniagaan sendiri. “Kehidupan ibu Mawar pada awalnya memang senang iaitu ketika bersama dengan papa saya, Dato’ Wan Abdul Rashid. 

“Memang senang hinggakan atas kerja kuat ibu saya  keluarga kami di Kelantan tu ada hotel iaitu Hotel Mawar dan juga Kedai Emas Mawar namanya. “Tapi, senang itu tak lama dan bahagia tu tak lama. Ketika usia saya 5 tahun, jodoh papa dengan saya tak panjang. Ketika usia 5 tahun papa Mawar pergi buat selama lamanya,  jujur kata Mekwa sendiri pun tak sempat rasa kasih sayang dari Papa..,” tulisnya.MawaAR berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi perkongsian itu, dia memuat naik foto sekeluarganya.

Menceritakan liku liku kehidupan ibunya, Mawar akui sedih dan pilu. “Ibu pun mula jadi ibu tunggal. Ketika itu ibu lalui pelbagai ujian dan banyak sangat tanggungjawab untuk anak-anak. Tapi, tak pernah skali dalam hidup Mekwa nampak air mata ibu mengalir depan mekwa. “Bayangkanlah, ibu jaga kitaorag dengan titik peluh dia seorang diri. Makan nasi lauk telur sahaja. Kami adik beradi tiada duit skolah. Tapi sedih, kerana ketika kami tengah susah, tiada orang datang nak tolong pun. Tahu nak ungkap kata negatif serta pandang serong terhadap ibu sahaja,” katanya lagi. Mawar juga tidak menyangka ibunya seorang wanita yang kuat berusaha di negara orang lain meskipun berasal dari Thailand. Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dengan kehadiran Rafael pada 13 Mac lepas. Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.-Gempak

Hamil anak kedua, Mawar Rashid alami alahan

Pelakon Mawar Rashid berkongsi kini hamil anak kedua. Mawar, 25, berkata kehamilannya kali juga agak mencabar dan mengakui memberi kesan kepada stamina dirinya. “Alhamdullilah, syukur. Doakan bayi kedua saya membesar dengan sempurna dan selamat. Doakan Mawar juga, kali ini alahan yang agak hebat sedikit. “Itu sebabnya saya kurang aktif di laman sosial. Ramai buat permintaan saya buat Barbie Challenge tapi tak larat. Minta maaf semuanya.

“Banyak lagi nak buat cabaran lain tapi semua tergendala. Doakan alahan saya cepat hilang. Alahan agak beri kesan kali ini,” katanya. Berita gembira itu dikongsikan Mawar di Instagram menerusi sekeping foto bersama suami, anak serta dua anak tirinya. Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf pada November 2017. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael pada Mac tahun lalu. Dia juga memiliki dua anak tiri iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 5, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.