Bermula Dari Bawah. 5 Peniaga Tempatan Ini boleh Dijadikan Inspirasi

Ketika pandemik ini, pastinya ramai yang terkesan dari segi kewangan. Maka tak hairanlah jika kita melihat ramai yang mula menceburi bidang perniagaan demi kelangsungan hidup. Perniagaan semestinya bukanlah satu perkara mudah. Pelbagai cabaran yang bakal dihadapi namun hasilnya suatu hari nanti pasti mampu membuatkan kita berbangga dengan diri sendiri. Jom baca kisah 5 peniaga tempatan ini yang boleh dijadikan contoh buat anda yang sedang bertatih dalam bidang perniagaan.

Pertama, Surich Collection Enterprise yang dimiliki oleh Rosuzila akma mohamed Nor. Dilahirkan dalam keluarga nelayan, Rosuzila Akma Mohamed Nor, 32, sentiasa membantu ibunya membuat ikan masin dan mengikutnya berniaga di felda-felda. Menjual produk ikan masin dan tenggiri jeruk jenama Surich yang diyakini halal dalam syarikat Surich Collection Enterprise. Setelah ibunya meninggal dunia, beliau seperti patah semangat namun sokongan keluarga membuatnya mahu meneruskan perniagaan. Turun seawal jam 3 pagi 3 kali seminggu bagi mendapatkan bahan mentah yang segar telah menjadi rutin beliau. Namun usahanya membuahkan hasil kerana perniagaannya kini telah dapat menembusi pasaran tempatan.

Kedua Mazwan Imani Enterprise yang dimiliki oleh Izwan Ab khalid. Setelah berhenti kerja sebagai jurutera lapangan, Mohamad Izwan Ab Khalid, 39, mengambil keputusan drastik untuk memulakan perniagaan berasaskan buah durian belanda sepenuh masa.Sebagai pengusaha syarikat Mazwan Imani Enterprise, Mohamad Izwan menjual produk utamanya iaitu Jus Durian Belanda Imani yang original dari isi buah, tanpa pengawet dengan gula nano sebagai pemanis. Teknologi retort dalam proses pembuatan menjadikan jus ini boleh bertahan selama setahun.

Ketiga, Best hygiene PLt yang dimiliki oleh david Foo. Merupakan graduan ahli kimia dari UTM Skudai, David Foo, 39, yang berasal dari Melaka menceburi dunia perniagaan dalam menghasilkan produk pencuci berasaskan bahan kimia bersama ayahnya. Antara jenama produk yang dihasilkan oleh beliau di Syarikat Best Hygiene Plt atau Daya Awana Industri Sdn Bhd ialah Super Tot, Gotop, Daya, Twincare dan Attarzen. Bermula daripada kilang di halaman rumah dengan fasiliti terhad, kini beliau berjaya membawa perniagaan keluarganya ke taraf antarabangsa. Memastikan kualiti yang konsisten dan memahami keperluan pengguna bukanlah mudah.

Keempat, ZS maju Products yang dimiliki oleh Ahmad Asyraf Hakimi. Ahmad Asyraf Hakimi, 31, mengusahakan perniagaan bersama ibunya. Siapa sangka pemuda dari Kelantan ini telah berkecimpung dalam perniagaan selama 20 tahun di usia yang muda. Ahmad Asyraf menjual produk kerepek jenama Zais dalam syarikat Zs Maju Products. Kerepeknya yang bermutu dan sedap mendapat sambutan ramai sehingga dapat memasarkannya di Shell seluruh Malaysia. Beliau juga pernah menerima anugerah daripada Sultan Kelantan pada 2019.

Kelima, Songkok Siblings yang dimiliki oleh mohd Fahirurazi Yahya. Berasal dari Felda Kahang Barat Kluang, Johor, Mohd Fahirurazi Yahya, 39, mewarisi pembuatan songkok dari ayahnya. Beliau adalah generasi ketiga pembuat songkok yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak. Mohd Fahirurazi merupakan pengusaha syarikat Songkok Siblings And Enterprise yang menghasilkan Songkok Siblings. Beliau merupakan pembuat dan penjual songkok untuk individu swasta, NGO, persatuan badan kerajaan dan lain lain.

Setiap peniaga mempunyai kisah suka duka mereka tersendiri dalam bidang perniagaan. Lihat bagaimana peniaga-peniaga tempatan ini berniaga tanpa erti takut untuk mula dari bawah. Orang Malaysia juga perlu mempunyai semangat patriotisme beli produk tempatan. jom sokong produk usahawan tempatan.

Sumber: Aimi Raihana Muadzakir